Macam-macam cara dan bahan digunakan untuk membuat masker. Dan salah satu perkongsian di laman facebook dari Dura Zain yang menggunakan bahan-bahan dapur untuk membuat masker. Agar pelik sedikit kerana menggunakan tepung kacang kuda yang dicampurkan dengan bahan lain. Petua ini juga rupanya diamalkan oleh wanita India dan juga Pakistan.
Hasilnya akan membuat wajah tampil berseri. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk membuang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak dan juga cegah jerawat serta jeragat.
Petua tradisional yang diamalkan oleh wanita dari India dan Pakistan ini memang menjadikan kulit mereka sentiasa kelihatan halus dan mulus.
Buat sendiri face mask dari bahan celah kabinet dapur je. Saya beri nama dia #DIY #instant_whitening_facemask sebab lepas pakai muka boleh jadi lebih cerah berseri gittew. Pakai bedak pun rata je. Ishh memang bestlah haihh.
Elok sangat untuk buang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak di muka, cegah jerawat dan jeragat. Ini petua lama dari Wanita kaum india dan pakistan untuk kecantikkan kulit.
Patutlahh retis bollywood lawo-lawo kan? Hehe. Ok jom tengok bahan apa yang perlu dan cara buat.
Bahan-bahan:
1 Sudu besar tepung kacang kuda(gram flour)
1 sudu besar rose water/susu
1 sudu kecil jojoba oil/olive oil
Cara membuat:
Cara buat dan cara pakai boleh refer kat video dan gambar ye.
Sila #share untuk manfaat bersama. Sama-sama berseri hari raya nanti. Kulit dah bersih senang nak make up cun cun. Yeaaay
By,
Dura Zain a.k.a Kak Jemari mulus
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Jadi Muflis Hujung Bulan, Kerat Kad Kredit & Berbelanja Secara Tunai. Semak 4 Lagi Tip Lain!
Kewangan bukan semata-mata ilmu matematik. Sebenarnya ia jauh tentang hal mengurus emosi. Berjaya atau tidak dalam mempertahan kubu yang dibina, semuanya bergantung pada dalaman diri.
Selalu terjadi, kita gagal untuk menyimpan bukan kerana tidak cukup wang, tetapi tabiat diri dan desakan emosi yang menggagalkan kita untuk membuat simpanan.
Menurut Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad, orang kaya mengumpul harta dan mempertahankan harta sama ibarat sang tentera melindungi kubu dalam peperangan. Apa jua yang berlaku, kubu mestilah didahulukan.
Maka untuk menjadi kaya, perlulah kita mengawal emosi dan membiasakan diri dengan tabiat-tabiat yang boleh elakkan kekayaan atau kewangan kita daripada bocor.
Berikut merupakan antara 6 strategi penting yang boleh membantu:
Strategi #1 – Bayar Diri Sendiri Dulu
Apabila mendapat wang, bayar diri sendiri dahulu dengan menambahkan wang simpanan. Selebihnya barulah berbelanja. Bukan berbelanja dahulu, kemudian ada duit lebih baru ingin memendam azam untuk menyimpan. Percayalah, jika ditunggu duit lebih, memang selamanya, kita tidak akan menyimpan wang kocek untuk hari esok.
Strategi #2 –Alih Duit Kepada Harta
Jika mempunyai duit simpanan jangka panjang, tukar duit tersebut ke dalam bentuk harta sebenar seperti jongkong emas, tanah lot atau rumah-rumah sewa. Usah biarkan duit itu terbiar dalam bentuk tunai kecuali duit simpanan kecemasan sahaja.
Strategi #3 –Kerat Semua Kad Kredit
Kerat semua kad kredit kecuali satu. Kad kredit adalah lubang hutang paling mudah. Sememangnya tampak hebat jika memiliki kad kredit Platinum, tetapi ketahuilah bahawa kad kredit boleh menjadi ‘kanser’ kewangan sebab kita tidak menyedari duit sebenarnya sedang tiris. Apabila tersedar, hutang bertimbun menggunung. Dengan kadar faedah paling tinggi berbanding pinjaman yang lain, malah kadar faedahnya adalah pengkompaunan.
Strategi #4 – Berbelanja Secara Tunai Sahaja!
Jika ingin membeli barang, pastikan membeli secara tunai supaya kita betul-betul terasa setiap sen duit yang keluar. Jauhkan segala bentuk ansuran, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah, hatta ‘zero interest payment’ sekalipun. Walaupun mungkin ‘zero interest payment’ tu secara matematiknya seperti terlihat untung, akan tetapi ia secara tidak langsung memupuk tabiat suka berhutang. Dalam jangka panjang, ia musuh dalam selimut yang paling bahaya.
Strategi #5 – Langsaikan Hutang Sekecil Zarah
Apabila berniat untuk melangsaikan hutang, sasarkan untuk membayar hutang yang jumlahnya paling kecil dahulu kerana apabila satu hutang sudah selesai, ia menjadi motivasi untuk melangsaikan hutang-hutang lain. Pabila terang-terangan bebas hutang, kita pasti akan terasa cukup berat untuk berhutang lagi kecuali “hutang baik” yang membuatkan kita lebih kaya.
p/s: Andaikan ada dua hutang yang jumlahnya lebih kurang sama, apa kata selesaikan hutang yang berkadar faedah yang paling tinggi terlebih dahulu.
Strategi #6 – Buat “Hutang Baik”, Tambah Harta
Jika kenaikan gaji sudah bertambah baik atau pendapatan sudah meningkat, manfaatkan kenaikan tersebut untuk membuat hutang-hutang baik seperti menambah rumah sewa, beli tanah dan sebagainya. Bukannya silih ganti kereta baru! Memang bukan senang untuk memaksa diri untuk menyimpan wang, namun jika berhutang, kita terpaksa langsaikannya! Walau apa pun, hutang piutang tersebut mesti diurus dengan baik, agar kita hidup tanpa himpitan hutang.
hb
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nakal Betul Zara Zya, Dah Kena Piat Pun Masih ‘Degil’, Sekali Ibu Keluarkan Hanger Dari Telekung!
Trend parodi ‘geng Marhaban’ masih lagi menjadi ikut-ikutan dikalangan selebriti dan pempengaruh media sosial di negara ini. Tidak ketinggalan pelakon jelita, Zara Zya yang turut sama mengikuti arus video tular berkenaan.
Namun, apa yang menariknya adalah apabila Zara Zya menampilkan kelainan membuat parodi berkenaan bersama ibunda tercinta sambil melakonkan babak paling ‘legend’ hingga berjaya menggamit kembali memori warganet sewaktu kecil dahulu.
“Cubit Tu Yang Tak Boleh Lupa Dan Dirindui Selalu. Al-Fatihah Untuk Mak..” – Netizen
Video berkenaan memaparkan Zara Zya dan ibunya melakonkan kembali situasi seorang anak rancak berborak ketika sesi marhaban berlangsung dan dianggap menganggu dan memalukan ibunya.
Tetapi apa yang lebih menarik lagi adalah Zara Zya sempat dicubit oleh ibunya agar kembali fokus bermarhaban. Namun tidak diendahkan oleh Zara Zya sehinggalah ibunya mengeluarkan ‘hanger’ sebagai amaran hingga membuatkan ibunya tidak fokus dan hilang muka surat yang dibaca ketika marhaban.
Artikel berkaitan: Wajah Dulu dan Kini Di Bandingkan, Zara Zya Akui Jaga Penampilan Boleh Ubah Sedikit Imej Seseorang
Video menggamit kenangan berkenaan telah berjaya mencuit hati wargamaya hingga ia ditonton seramai 817.9 ribu tontonan dan menerima 44.7 ribu tanda suka.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat raksi yang ditinggalkan wargamaya, rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua beranak ini.
Justeru, ramai diantara netizen yang tampil berkongsi rasa geli hati ketika mengimbau kembali kenangan seumpanya, kerana masing-masing juga pernah berkelakuan begitu di zaman kanak-kanak. Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan warganet dan berjaya mencuri perhatian Hijabista!
“Mak aku ginilah, selalu ikut dia pergi Yasin, pastu berbual dia cubit begitulah.”
“Cubit tu yang tak boleh lupa dan dirindui selalu Al-Fatihah untuk mak.”
“Sportingnya mak dan anak. Dah kena cubit nak kena hanger pula tu. Haha.”
“Real sangat ni, memang buat macam ni pun kat anak-anak kalau kat majlis marhaban.”
“Mak yang cubit pegang hanger mak yang hilang muka surat…”
Sekadar info, perkataan Marhaban berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu.
Marhaban adalah dalam bentuk syair yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian seperti majlis perkahwinan, naik buaian (berendoi), cukur jambul bayi, majlis aqiqah, dan meraikan bulan Syawal dalam takwim Islam.
Syair yang paling popular adalah daripada kitab ‘berzanji’ disamping kitab-kitab lain seperti Maulid ad-Diba’l, Maulid al-Habshee dan Qasidah Burdah. Marhaban sering dialunkan sambil berdiri dengan penuh semangat sebagai tanda hormat kepada baginda nabi Rasulullah S.A.W
Sumber: Tik Tok @zarazyaofficial
Artikel berkaitan: Sudah Bertudung Labuh Di Gelar ‘Mak Cik’ Pula, Mia Ahmad Tukar Imej Kerana Allah SWT
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Saja Hebat Di Bilik Bedah, Dr. Amalina Juga Tak Lokek Kongsi 4 Tip Mudah Nak Lancar Berbahasa Inggeris
Dr. Amalina Bakri nama yang cukup dikagumi dan menjadi idola buat hijabi muda. Kebijaksanaannya dalam bidang akademik memang tidak dipertikai sejak mencapai keputusan cemerlang dalam SPM tahún 2004.
Kini beliau menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di luar negara. Dr. Amalina juga pernah berkongsi empat cara mudah buat mereka yang mahu lancar dalam berbahasa Inggeris.
Menurut doktor muda ini, ada 4 cara dilakukan olehnya bagi membolehkan beliau fasih berbahasa Inggeris. Dan perkongsiannya di laman twitter miliknya DrAmalinaBakri ini sangat berguna bagi mereka yang mahu memahirkan diri dalam bahasa kedua ini.
#1. Kena yakin bercakap walaupun hanya broken English. Jangan hirau sesiapa jika ada yang cakap berlagak jika sedang bercakap English.
#2. Boleh juga gunakan plarform online. Kalau dulu sangat popular MSN dan Yahoo yang boleh kita gunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari luar negara. Menurutnya beliau dulu menulis surat kepada mereka sewaktu usianya 12 tahun.
#3. Belajar melalui drama, filem dan lagu. Sangat membantu. Ini cara terbaik untuk belajar bahasa Inggeris. Banyakkan melihat drama, filem atau lagu dan daripada situ akan mempelajari sesuatu perkataan atau ayat baru.
#4.Teruskan berlatih dengan orang sekeliling terutama mereka yang sangat fluent bercakap English. Melalui cara ini dapat mengetahui kesilapan memperbetulkan struktur tatabahasa mereka.
Artikel Berkaitan: Dr. Amalina Selamatkan Pesakit Jantung Di UK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI