Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Menahan Rindu ini sememangnya tampak manis dan ayu dengan imej muslimah yang dibawakannya. Jarang sekali kita lihat Wany Hasrita tampil dengan gaya yang keterlaluan dan menjolok mata. Meskipun sudah beberapa tahun berada di dalam industri hiburan tanah air, Wany tetap istiqomah dan tidak lari daripada imej yang dibawanya sejak hari pertama bergelar seorang penyanyi.
Cuma, baru-baru ini heboh di laman sosial memperkatakan tentang tudung Wany Hasrita yang dikatakan semakin pendek dan tidak menutupi bahagian dada di dalam satu gambar yang telah dipost di Instagram miliknya. Difahamkan pada ketika itu, Wany Hasrita sedang menjalani satu sesi fotografi untuk sebuah iklan.
Rata-rata netizen menegur pemakaian Wany itu dan ada yang menganggap bahawa Wany sudah lupa diri kerana semakin popular. Tidak mahu membuat sebarang spekulasi, Hijabista telah menemu bual Wany ketika bertemu di majlis pelancaran produk Jellyta by Wany Hasrita yang diadakan di JW Marriot Kuala Lumpur.
Wany sendiri mengakui kekhilafan yang dilakukan olehnya dan memohon maaf kepada netizen di luar sana. Malah, Wany sangat bersyukur kerana orang di luar sana dan para peminat begitu mengambil berat tentang pemakaiannya. Tambah Wany lagi, insyaAllah selepas ini dia tidak akan mudah menurut arahan yang bertentangan dengan dirinya. Jika orang suruh singkat-singkatkan, dia akan labuh-labuhkan.
Cuma, Wany memohon doa para peminat agar dirinya terus kekal istiqomah. Apa pun, Hijabista doakan agar segala urusan Wany dipermudahkan. Terbaru, Wany baru sahaja melancarkan produk kecantikan dan kesihatan iaitu Jellyta. Jellyta mengandungi bahan yang berkhasiat dan lazat seperti kurma, buah delima, saffron, madu dan L-Cysteine.
Sesuai untuk lelaki dan wanita, Jellyta sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berkedut. Jellyta juga sesuai diambil oleh individu yang bekerjaya dan sentiasa sibuk kerana ia berbentuk sachet yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Foto: Instagram Wany Hasrita
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jari Tertusuk Jarum Hingga Berdarah Gara-Gara Nak Cepat Berhijab, Nonny AF Kongsi Pengalaman Bertudung
Jika pelakon Emma Maeombong kembali tidak berhijab, tetapi seorang lagi selebriti, Nonny Nadhirah atau dikenali dengan Nonny AF tampil untuk berhijab dengan mengenakan tudung sepenuhnya. Apa yang lucunya, Nonny turut menceritakan pengalaman jari ditusuk jarum gara-gara mahu cepat menyarung tudung di kepalanya.
Menurut Nonny yang menulis dalam posting di laman instagramnya memberitahu dia baru balik dari mengerjakan umrah dan ketika itu masih lagi tidak berhijab.
Tetapi kemudiannya dia terdetik hati untuk membeli tudung dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.
Sebelum itu Nonny juga ada merujuk pada ibunya yang turut memberi nasihat padanya untuk terus dengan niat yang satu itu dan segala urusan akan dipermudahkan Allah.
Menurut Nonny lagi, hidayah itu milik Allah dan kita sendiri perlu kuatkan hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kini Nonny dalam proses untuk terus istiqomah dengan pemakaian hijabnya.
Buat masa ini dia hanya memakai hijab untuk keluar shooting sahaja dan dapat rasakan cabaran bagi mereka yang berhijab kerana turut berpengalaman jari ditusuk jarum peniti kerana mahu cepat bersiap.
Belum lagi katanya tudung dipakai senget ke kiri dan kenanan serta ketika makan hijab dipakai pula sentiasa ke depan. Semua itu menurut Nonny beri satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan
Kita doakan semoga Nony terus kekal istiqomah dan walaupun berhijab masih boleh lakukan aktiviti sihat dan aktif walau di mana anda berada.
Selepas blk dari mengerjakan ibadah umrah sy masih freehair lagi,pergi program pun x pakai tudung dan selepas sehari kemudian sy terdetik mengajak sahabat sy utk teman sy pergi membeli bbrp helai tudung. ada pun tudung ataupun shawl sblm ini hanyalah utk dipakai semasa shooting.
sy mengadu dgn mak sy,”hmm..mama kalau nak bertudung,baju semua mcm mana? sebab byknya baju2 sy tidaklah sesuai utk dipakai dgn tudung dan mcm mama sendiri maklum sy bukannya ada byk tudung.byk dibeli sblm ni pun hanyalah utk mama. sy risau ni ma.
mama pun jawab dgn nada yg tenang “jika niat kamu sudah ada dan terdetik utk memakai tudung,Insyaallah Allah akan permudahkan urusan kamu.hidayah mmg milik Allah dan dpd Allah tapi kita sendiri yg kena paksa diri kita utk menguatkan hati kita utk berubah ke arah yg lebih baik. berbalik kpd Allah dan minta dgn Allah utk permudahkan urusan kita dan jgn dibolak-balikkan hati kita. Keesokan harinya sahabat sy telah menghadiahkan bbrp helai tudung kpd sy dan sorg lagi sahabat menghadiakan buku panduan sembahyang kpd sy.
Allah dengar doa sy.
Sy masih didalam fasa percubaan,dan bagilah masa kpd diri sy utk memperbaiki diri,hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah ta’ala. Terima kasih kpd yg mendoakan,keluarga,peminat,kwn2..siap ada yg email dan dm private kat sy,doa2 dan kata2 semangat korang membuatkan airmata sy mengalir x henti. akan tetapi jgnlah dikeji atau dikecam bila mana selepas ini jika ada kekurangan dari diri sy. kita semua manusia biasa.
mungkin harini sy keluar hanyalah menggunakan shawl,insyaallah esok hari sy dah boleh memakai tudung dgn sempurna.. doa yg baik2…
Utk pengetahuan anda,its not easy gais.
sblm ni pakai hanya waktu shooting,skrg nie baru sy rasa betapa mencabarnya utk si pemakai2 tudung & hijabers.
Sblm nak keluar rumah dahlah nak cepat terlepas pulak peniti dari kepala,tercucuk berdarah jari terkena peniti,nak bukak tudung terlupa peniti masih atas kepala,pin tudung senget sampai ke kiri kanan muka,bila time makan pulak tudung makin ke depan. Allahuakhbar.. sy takkan lupakan pengalaman ini sampai bila2.
Nonny juga turut menerima respon cukup baik dari netizen. Rata-rata gembira dengan penghijrahan dilakukan dan mahu dia kekal istiqomah dengan perjalanan hijrahnya itu.
itsselnie Alhamdullillah.. cantik luar dan dlm insha Allah…
habibbullahofficial_ Allahuakhbar… Subhanallah… Mesti cantik dan ayu kak nonny bertudung… Ayu n manis gitewww? @nonnynadirah
aljaziela SubhanAllah… Moga istiqamah @nonnynadirah
shanurdiyana_sh Smga dipermudahkan sgala urusan nony. Dan semoga istiqamah. aamiin
honey13759 @nonnynadirah inshallah bykkan bersabar dan terus istiqomah… nak berubah memerlukan pengorbanan hehe saya dah melalui saat2 tu..
azierah_93 Alhamdulillahh… tahniahh nonny… smoga Allah peggkn hati nonny agar terus istiqomah… smoga Allah pgg juga hati sy agar sama2 istiqomah dan sama2 kita perbaiki diri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Ada Sahaja Anasir Membolak Balikkan Hati’- Akui Tak Mudah, Lisa Surihani Mohon Doa Diteguhkan Hati
Penampilan terbaru artis terkenal iaitu Lisa Surihani menawan hati semua yang memandangnya apabila kini beliau tampil anggun dengan berhijab. Kesempatan bertemu dengannya sewaktu rakaman program Tanya Dr. Imelda yang bakal bersiaran tidak lama lagi di Astro Prima bermula 4 Julai ini digunakan sepenuhnya bagi bertanyakan kepadanya mengenai penampilan terkininya itu.
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on
Pandangan Yusry…
Saya kebiasaannya akan suruh orang tanya Yusry terus. Bukan atas suruhan beliau. Saya mungkin dapat merasakan beliau ingin saya buat keputusan itu sendiri di atas sebab yang betul. InsyaAllah. Untuk sebab yang kita semua harapkan.
Hijab itu luas konteksnya, bukan hanya sekadar imej…
Sejujurnya, ini agak over whelming. Sebab saya baru balik umrah. Kalau benda ini senang, cepat-cepat je saya dah post gambar bagi masing-masing faham tapi sebab disebalik mengapa saya pakai amat peribadi. Bukan satu keputusan yang dilakukan semalaman.
Very long journey. Pada masa sama, kenapa saya tak begitu gemar dengan istilah new look kerana ia mengehadkan definisi hijab kepada clothing sahaja di mana ia luas konteksnya. Dan saya masih berdoa dan tak mhau cakap yang saya dah jumpa hidayah itu atau saya nak umumkan pun. Saya nak buat correction statement mengenai ‘sudah terbuka hati’. Saya tak cakap macam itu. Saya masih mencari hidayah itu, berdoa agar terus istiqomah.
Bagi Lisa, perjalanan ini terlalu peribadi untuk dikongsi, cuma dia mengharapkan doa yang terbaik dari semua untuk dirinya.
Journey ini very personal. Saya rasa mereka yang pakai juga terutama pada zaman kini ada sosial media semua rasa juga macam yang saya rasa. Tak pernah anggap main-main dan tak berani nak cakap lebih-lebih, takbur. Kita manusia setiap hari tak lari dari dosa. We are sinful servant.
Banyak dalam hatilah, hanya kata doakan eh. Sukar untuk saya cakapkan. Adakah disebabkan faktor usia buatkan kita lebih berhati-hati. Saya tak pasti. Saya cuma boleh minta doakan. Saya cuba untuk memahami dan belajar lebih lagi. Perbanyakkan amalan. Begitu sahajalah. Tapi kalau nak kata sempurna memang jauhlah, tapi yang pasti trying. Semua orang ada pemahaman masing-masing.
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on
Akui Lisa, ada sahaja anasir yang membolak balikkan hatinya. Namun, dia sentiasa meminta agar diteguhkan hati.
Sebelum pakai mesti fikir ‘patut ke’, ‘ada job ke’. Dan sampai sekarang pun ada sahaja anasir yang membolak balikkan hati. Bukan mudah. Saya minta diteguhkan hati. Kadang-kadang ada statement, judgment doubt macam ‘lama ke pakai ni?’ padahal kita tengah cuba tapi tidak mengapalah. Tak nak letak janji yg tinggi. Im just trying.
Tak boleh kata ada satu. Perkara ini saya cari bertahun-tahun. Tak boleh kata ‘oh ada satu insiden menyebabkan… its not like that. Semuanya saling berkait. After a while, slowly banyak jenis pentunjuk atau saya rumuskan sebagai petunjuk . Ada yang mengelirukan kita. That is why I said Im still learning.
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on
InsyaAllah, kita semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Semestinya semua juga berpendapat yang Lisa kelihatan sangat berseri dan bertambah manis apabila mengenakan hijab. Moga yang baik-baik sahaja datang untukmu. Love you Lisa!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan IZARA AISHAH Sejak Bergelar Ibu Dua Anak Pada Usia 30, Makin Cantik & Berseri!
Pelakon jelita Izara Aishah dilihat semakin cantik dan berseri-seri sejak bergelar ibu kepada dua cahayamata.
Malah, Izara juga semakin aktif berkongsi perkembangan terkininya di media sosial antaranya momen-momen menghadiri acara fesyen dan kecantikan.
Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini sentiasa menitikberatkan soal penampilan serta kecantikan biarpun bertudung labuh dan berpakaian longgar.
Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham merupakan pemenang tempat ke-2 Pencarian Dewi Remaja 2010/2011.
Penghijrahan (bertudung) pelakon berusia 30 tahun ini yang sejuk mata memandang mendapat reaksi positif di kalangan pemgikut serta warga maya yang turut gembira dengan perubahannya itu.
Izara pernah berkongsi, keputusan dirinya untuk menutup aurat dengan sempurna adalah selepas terbaca satu ayat dalam kitab suci Al-Quran tentang suruhan-Nya pada hamba-hamba untuk kekal menutup aurat.
Menurut Izara, penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti biasa.
Malah, pelakon filem Kau Yang Satu Ini turut berkongsi satu hadis yang menyebut Allah SWT menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan.
Namun, perlu berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riak.
Melihat kepada penampilan terkini Izara sejuk mata memandang. Cantik luar dan dalam walau bergelar ibu serta isteri.
Walau bertudung labuh tetapi Izara tetap ada ‘taste’ tersendiri dalam berfesyen.
Untuk rekod, pada tahun 2017 Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza. Semoga Izara kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Izara Aishah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI