Sekarang bermacam-macam fesyen tudung yang ada di pasaran. Belum campur dengan pelbagai rekaan, ada yang instan, selendang labuh, paras dada ataupun sarung sahaja dengan menggunakan pelbagai fabrik. Sebagai perempuan memang rambang mata dibuatnya. Lebih-lebih lagi jika didatangkan dengan harga promosi sungguh di luar jangkaan.

Namun begitu, adakah kita rasa tudung yang dipakai mengikut syariah yang ditetapkan agama?  Terutama bahagian menutup bawah dagu yang ramai tidak ambil kisah perkara ini. Bagi mereka janji rambut ditutup sudah memadai dan dikira menutup aurat.

IKLAN

Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramahnya,  tiada hadis yang menunjukkan dengan tepat bahagian dagu ini. Yang ada cuma hadis yang menyebut bila perempuan memasuki usia baligh dia wajib menutup bahagian tubuh kecuali muka dan telapak tangan.  Tapi yang terbaik menurut Ustaz Azhar adalah keluar dari khilaf yakni bila memakai tudung pakailah sehingga tutup bahagian bawah dagu.

Selain isu bawah dagu, perlu tahu cara pemakaian hijab mengikut syariat. Di sini juga disertakan 10 panduan untuk diikuti sebagai seorang wanita Muslim.

IKLAN
  1. Tudung perlu labuh menutup bahagian dada.
  2. Kalau boleh pakai warna polos sahaja agar tidak menarik perhatian orang terutama lelaki.
  3. Jangan lupa pakai ‘inner neck’ sebelum menyarung apa-apa tudung.
  4. Pakai rekaan yang selesa sahaja dan tidak terlalu berbelit-belit.
  5. Menutup seluruh badan.
  6. Tidak memakai hiasan yang mengundang pandangan lelaki.
  7. Tidak memakai wangi-wangian.
  8. Lebar dan tidak sempit.
  9. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  10. Tebal dan tidak nipis.

IKLAN

via GIPHY

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI