Bukan sahaja kaum wanita, lelaki juga turut mengalami pertambahan berat badan. Dan mereka juga berusaha untuk menurunkan berat badan. Salah satu perkongsian dari lelaki ini. Dia hilang 24 kg dalam masa 4 bulan hanya dengan menggunakan cara biasa, tanpa pengambilan suplemen atau sebarang pembedahan. Hasilnya setelah mendapat berat badan ideal, dia kembali menjadi suami yang sihat kepada isteri tersayang serta abah yang baik untuk anaknya.

Ayuh, kita lihat cara yang dikongsi di laman twitternya Ihsan Junid bagaimana dia hilangkan 24 kg dengan cara lebih sihat.

Gambar setahun sebelum.

Gemuk lepas SPM, kemudian kurus dan gemuk balik apabila sudah kahwin dan kerja.

Start tak minum ais, tak makan nasi dan skip makan malam. Juga pergi gym. Lakukan setelah jadi full time sebagai suami dan ayah.

IKLAN

Makan portion yang diperlukan sahaja. Contoh makan nasi lemak dengan ayam goreng, tak makan kulit dan sambal sedikit sahaja.

Diet macam orang biasa. Tak ada supplemen. Tapi pastikan kadar kalori. Nak tahu kuantiti kalori makanan boleh dapatkan di google

Tetap makan nasi hari-hari.

IKLAN

Menu diet, sandwich telur, makanan tak bertumis untuk singkir lemak.

Gambar terkini. Lebih fit.

Ada juga masa ‘cheat day’, tapi buat secara sederhana

IKLAN

Seminggu workout session 3-4 kali. Tidur juga kena cukup. Hasilnya badan jadi lebih fit untuk buat apa-apa aktiviti.

Part paling seronok, bila lihat angka menurun.

Inilah nikmatnya.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI