Siapa sahaja yang masuk dalam bidang seni pasti akan menukar nama masing-masing menjadi lebih komersial untuk lebih senang diingati dan tujuan promosi. Namun berbeza dengan ‘cikgu viral’ yang tular baru-baru ini kerana muncul dalam aplikasi muzik karaoke ‘smule’. Nur Ameera Nabila Azmi, 24 tahun, yang kekal menggunakan nama Cikgu Meera walaupun sudah bergelar penyanyi.

PEMBABITAN SUKA-SUKA

Beliau yang berasal dari Kodiang Kedah ini tidak menyangka pembabitannya secara suka-suka mendapat perhatian hingga ditawarkan menjadi artis rakaman Jayy Production dan diberi peluang merakam single berjudul ‘Oh Sayangku’ karya komposer Eddie Hamid manakala liriknya ditulis oleh Nur Hakim.

Beliau yang amat mengagumi penyanyi Datuk Siti Nurhaliza bersyukur single pertamanya itu mendapat respons positif daripada para peminat selain video lirik lagu itu telah mencapai tontonan kira-kira 47,000 di YouTube.

TIDAK AKAN ABAI KERJAYA

Ditanya bagaimana beliau membahagikan masa antara waktu mengajar di sekolah dan nyanyiannya, anak jati Kodiang, Kedah ini menegaskan beliau hanya bernyanyi  pada waktu cuti mingguan dan tetap meletakkan kerjaya sebagai seorang guru sebagai keutamaannya.

“Saya tidak akan mengabaikan kerjaya di sekolah kerana itu merupakan cita-cita saya sejak dahulu lagi, manakala nyanyian hanyalah karier separuh masa saya untuk mengisi waktu terluang,” katanya yang menyanyi sejak usia remaja lagi.

IKLAN

Namun ketika itu dia perlu menyelesaikan pengajiannya dulu. Justeru ketika belajar di Maktab Perguruan di Ipoh, Jurusan Muzik menjadi pilihan utamanya, manakala minor dalam Pendidikan Persuratan dan Kesenian Melayu serta Pendidikan Jasmani.

DAPAT SOKONGAN PADU

Beliau juga terharu dengan sokongan padu yang  diberikan rakan-rakan guru termasuk guru besar serta anak-anak muridnya untuk memperkembangkan lagi bakatnya sebagai penyanyi.

Bagaimanapun kata Cikgu Meera, 24, walaupun telah bergelar penyanyi dia tidak terlintas untuk meninggalkan karier sebagai guru di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor.

Sebaliknya dia yakin dapat mengimbangkan kedua-dua kariernya itu dengan baik tanpa mengabaikan tanggungjawab mendidik anak bangsanya.

IKLAN

“Saya sudah bersedia menjalani kehidupan sebagai anak seni tanpa melupakan tanggungjawab sebagai pendidik dan tidak akan meninggalkan karier sekarang.

“Jika ada keseimbangan dan perancangan yang betul, Insya-Allah saya lihat tiada masalah untuk meneruskan kedua-dua karier itu secara serentak,” ujarnya yang tetap menggunakan nama Cikgu Meera untuk tujuan komersial.

Bimbang jika mengundang masalah di kemudian hari, pihak produksinya juga telah meminta izin kementerian Pendidikan untuk menggunakan nama Cikgu Meera.

Bercakap lanjut mengenai Oh Sayangku, Cikgu Meera berkata, ia sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwanya yang juga mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadi dan kerjayanya.

IKLAN

Admin ucapkan semoga Cikgu Meera tak leka dengan dunia glamour sehingga lupa tanggungjawab utama mendidik anak bangsa. Sejak viral, Cikgu Meera yang comel ini juga telah mempunyai mengikut tersendiri di media sosial.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CIKGU MEERA

 

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI