Setiap orang diberikan hidayah untuk melakukan penghijarahan dalam jangka masa yang berbeza-beza. Bagi penyanyi dan pelakon yang berasal dari Johor ini, Amira Othman mengakui mula berhijab sejak usianya 17 tahun. Waktu itu dia cukup takut mendengar azab bagi mereka yang tidak memakai tudung yang disampaikan oleh seorang ustaz ketika dalam kelas Pendidikan Islam. Mendengar azab kubur akan dipenuhi ular dan kala jengking menimbulkan rasa takut dalam dirinya lantas mengambil keputusan berhijab sehinggalah sekarang. Sudah 9 tahun sejak peristiwa itu dan dia tetap kekal istiqomah.
“Saya masih ingat lagi dengan cerita ustaz itu yang memberitahu azab bagi mereka yang tidak memakai hijab. Antara azab yang saya dengar di mana kubur seseorang itu akan dipenuhi ular dan juga kala jengking. Saya jadi takut mendengar cerita ustaz dan sejak itu saya mula memakai hijab.
“Walaupun ustaz itu bercerita dengan nada yang lembut, tetapi secara tidak langsung menyebabkan kita automatik mahu berhijab. Sehingga hari ini saya memang terhutang budi pada ustaz berkenaan,” jelas Amira atau nama penuhnya Nadia Amira ketika ditemui sewaktu pelancaran Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di Bangi baru-baru ini.
Menurutnya juga kebetulan ketika itu Johor sedang berkabung selama tujuh hari kerana kemangkatan Almarhum Sultan Johor (ketika itu) dan semua perlu memakai tudung. Daripada situ dia terus pakai dan kekal sehingga ke hari ini.
Walaupun setelah dia berkecimpung dalam dunia glamour, tetapi Amira tetap berpegang teguh dengan penghijrahannya. Tidak terlintas langsung di fikiran untuk membuka tudung yang membaluti mahkotanya.
“Alhamdulillah sudah 9 tahun saya berhijab dan terus kekal istiqomah. Setakat ini tidak ada pula perasaan nak buka atau tutup tetapi masa mula-mula berhijab dulu memang ada dengar suara sumbang yang mengatakan rugi bertudung awal-awal. Lagipun sukar nanti untuk menjadi seorang penyanyi.
“Tetapi saya percaya apa yang disampaikan oleh ustaz di mana rezeki itu tidak bergantung pada penampilan seseorang. Saya beritahu keluarga dan mereka memberi sokongan tidak berbelah bagi sewaktu saya mula-mula mahu berhijab,” tambahnya yang memakai tudung adalah disebabkan kehendak diri sendiri bukan disebabkan oleh desakan keluarga.
Melihat trend sekarang Amira memberitahu dia gembira melihat ramai wanita di luar sana yang sudah berhijab.
“Kalau dulu memang ramai beranggapan jika berhijab itu akan mengganggu banyak perkara tetapi sebenarnya berhijab juga boleh membuatkan seseorang itu berpenampilan cantik dan menarik. Apa yang penting pandai menjaga batas susila sebagai seorang wanita Muslimah.
“Sejak berhijab memang saya dapat rasai kesan positifnya di mana kita akan lebih bersikap berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan. Sebelum lakukan sesuatu kena fikir baik dan buruknya perbuatan itu,” ceritanya lagi yang kini muncul dengan single terbaru ‘Mimpi Indah’.
Melihat pada penampilannya yang walaupun berhijab, tetapi gaya masih lagi dalam batas menjaga aurat. Misalnya Amira selesa memakai stoking tangan (jika baju pendek) dan tudung yang digayakan juga melepasi labuh bawah dada.
“Dalam hal ini saya akui ibu bapa saya memang jenis monitor anak-anaknya. Misalnya jika memakai pakaian sedikit ketat, mereka akan beritahu tidak begitu manis untuk berpenampilan begitu. Tetatpi teguran disampaikan dengan cara lembut.
“Kemudian barulah kita fikir memang ada baiknya teguran mereka dan bagi saya, mata orang tua lebih elok untuk meihat penampilan anak-anaknya tetap mentup batas aurat,” katanya lagi. Ditanya penampilan bagaimana menjadi pilihannya, Amira mengakui sukakan yang elegan, sut atau korporat.
IKLAN
“Saya sukakan gaya kemas dan ‘corporate look’. Tetapi bergantung juga pada majlis yang akan dihadiri. Atau jika tak sempat dan kebetulan ada di sini, saya akan try mix & match baju apa yang ada dalam almari untuk digayakan,” jelas Amira yang turut menitipkan pesanan buat hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab.
“Kalau kita ada dengar suara di sekeliling yang cuba bercerita itu ini, anggaplah ia satu cabaran untuk kita melakukan kebaikan. Maklumlah untuk berbuat baik itu bukanlah satu kerja mudah. Tetapi jika kita buat ada banyak ganjaran yang akan kita peroleh.
“Jadi apabila kita lihat seseorang itu yang cantik tidak memakai tudung, itu adalah lumrah seorang perempuan. Kita akaan kata ‘cantiknya rambut dia’ . Sebenarnya kita juga boleh buat rambut cantik begitu, tetapi hanya untuk tatapan suami sahaja,” akhirinya. Selain sibuk mempromosikan ‘single’ baru, Amira juga bakal muncul dalam filem bersama penyanyi Mawi dan beberapa rakan artis lain.
Mengamalkan wirid duan ayat terakhir dari surat at-Taubah atau ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilat dan khasiatnya. Banyak ulama dan guru-guru agama yang menganjurkan untuk mengamalkan wirid dua ayat terakhir dari surat at-Taubah ini.
Rahsia yang terkandung di dalamnya sangat besar, sehingga akan mampu memberi banyak manfaat bagi pengamalnya. Apa khasiat dan manfaat serta fadhilah mengamalkan dua ayat terakhir surat at-taubah ini?
Inilah beberapa diantaranya:
Rezeki bertambah– Wiridkan secara istiqomah 7 x sehabis solat maghrib, Insya Allah rejeki akan lancer.
Pendinding dari ilmu hitam– Baca 7 x sehabis solat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam.
Hajat terkabul– Baca 100 kali sehabis s0lat hajat, Insya Allah percepatkan kabulnya hajat.
Benteng diri– Lindungi diri untuk kekebalan dari segala macam senjata lawan yang menyerang.
Perubatan– Dibacakan ke air, lalu tahan nafas sambil baca 2 ayat tersebut di dalam dada dan hembuskan ke air putih untuk diminumkan kepada yang sakit.
Jauhi sihir– Mencegah dari segala macam sihir, guna-guna, hipnotis dan lain-lain.
Dimudahkan segala urusan– Merubah nasib yang buruk menjadi lebih baik, segala urusan dipermudahkan.
Kesihatan – Diberikan umur panjang dan selalu sihat, insya Allah dan terhindar dari segala marabahaya yang datang tak diduga.
Inilah ayatnya:
LAQOD JAA-AKUM RASUULUM MIN ANFUSIKUM AZIIZUN ALAIHI MAA ANITTUM HARII-SHUN ALAIKUM BILMU’MINIINA RAUUFUR RAHIIM.
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”.(QS.At-Taubah :128-129).
Di samping mengamalkan dua ayat tersebut di atas, ada juga riwayat dari Nabi yang secara khusus menyebutkan potongan ayat dari ayat terakhir, iaitu:
“Allah-lah yang mencukupi segala keperluanku, tiada ilah yang berhak disembah kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dia-lah Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung.”
Ada riwayat dari Nabi sebagai berikut:
Dalam hadis dari Abu Ad Darda’ radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahawa barangsiapa yang mengucapkan zikir tersebut di subuh dan petang hari sebanyak tujuh kali, maka Allah akan memberi kecukupan bagi kepentingan dunia dan akhiratnya. HR. Ibnus Sunni no. 71 secara marfu’ sampai pada Nabi shallallahu alaihi wa sallam, Abu Daud secara mauquf (sampai pada sahabat) (4/321, no. 5081). Syaikh Syu’aib dan Abdul Qodir Al Arnauth menyatakan sanad hadits ini shahih dalam Zaadul Ma’ad (2/376))
Itulah amalan wirid dua ayat terakhir dari surat at-taubah yang boleh anda lakukan, semoga apa yang diamalkan menjadi satu perubahan dalam hidup kea rah kebaikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hidup bersama manusia adalah satu cabaran yang cukup hebat buat diri kita. Setiap individu juga punyai peranan dan kelakuan masing-masing yang adakalanya membantu dan menguji kesabaran diri.
Jelas sekali akan ada yang gemar untuk ‘membawa mulut’ dan menyebarkan kisah-kisah tidak manis di dengar. Apatah lagi cerita itu terpalit pula ada kena mengena dengan diri kita.
Bukan apa…cuma nak ambil berat sahaja
Selalu kita dengar peribahasa yang sesuai untuk situasi ini, jaga tepi kain orang, ianya cukup untuk menggambarkan sifat ‘terlebih ramah’ seseorang tentang kehidupan orang lain. Apakan pula sesetengah dari kita suka menyampaikan pula aib seseorang kepada orang lain.
Perbuatan suka menyebarkan aib orang dan terlalu rajin untuk bercerita hal orang ini sangat ditegah dan dipandang hina dalam Islam. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka perbuatan yang amat keji itu (berita palsu) tersiar di kalangan orang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (an-Nur: 19)
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga).” (an-Nur: 11)
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Dan fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan.” (al-Baqarah: 217)
Usah sibukkan hal orang, lebih baik fokus pada diri
Apabila bersembang pula kita lupa untuk melihat pula pada diri sendiri. Adakah sempurna sifat diri ini? Cukupkah pahala dosa kita dibandingkan orang lain? Jadi elakkan berkata tentang orang lain dan cuba fahami baik dan buruk diri sendiri.
Luangkan masa mendengar motivasi dan perbualan yang berunsurkan ilmiah.
Ambil setiap kisah dan masalah yang di hadapi orang sekeliling sebagai pengajaran dalam hidup
Sentiasa husnudzon atau bersangka baik pada setiap manusia
Percaya setiap orang mempunyai kelebihan mereka tersendiri meski pun jelas kekurangan mereka
Ingat, dalam masa kita suka mengata orang atau ber-gosip, adakah cukup pula masa kita untuk meminta maaf pada setiap insan yang di cerca itu? Sentiasa berjaga dan kawal diri sebelum berkata-kata.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebelum anda tidur, apa yang akan anda lakukan? Kalau ikutkan trend sekarang, pasti sebelum tidur anda akan sroll IG dan FB dulu kan? Apa kata selepas ini ubah kebiasaan anda daripada scroll IG dan FB kepada bacaan 5 ayat Al-Quran ini? Bukan sahaja dapat pahala, malah anda juga akan mendapat kebaikan di sebalik setiap ayat yang anda bacakan.
Hijabista senaraikan 5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum anda tidur.
1. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas
Aisyah r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”
2. Ayat Kursi
Allah S.W.T akan membuka pintu rahmat baginya serta memelihara dan menjaganya sepanjang tidur hingga Subuh.
3. Dua Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Baqarah
Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
4. Surah Al-Kafirun
Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. – Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.
5. Surah Al-Mulk & As-Sajadah
Hal ini berdasarkan sahabat Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” – Hadis Riwayat Bukhari
Begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sebelum tidur. Insya-Allah anda akan terasa manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Cubalah…