Abaya adalah pilihan yang terbaik untuk digayakan pada hari jumaat. Tidak kira apa profession anda, abaya mampu memberikan suntikan muslimah perkasa kepada si pemakai. Kebiasaannya abaya didatangkan dengan warna hitam. Ia merupakan staple bagi abaya terutamanya yang datang dari Timur tengah. Maka, wajah anda perlu dioles dengan solekan yang lembut dan natural agar ia tidak menarik fokus dari abaya yang anda gayakan.

Tonton tutorial solekan di bawah bagi mendapatkan solekan yang soft dan natural:

Bagi yang mempunyai kelonggaran di dalam penggunaan solekan, anda tidak perlu bersolek terlalu tebal. Cukup sekadar untuk mengelakkan wajah dari kelihatan pucat dan kusam. Tapi bagi mereka yang kerjaya menuntut agar solekan agak tebal, tutorial ini amatlah sesuai buat anda. Selamat mencuba! - hb