Menjelang Syawal ini, pasti ramai yang kalut untuk dapatkan wajah yang cantik. Maklumlah siapa yang tak nak kelihatan ‘letup’ di pagi Syawal nanti dengan kulit wajah yang berseri selain melaram dengan baju baru. Perkongsian dari blogger popular, Iman Abdul Rahim di laman twitter cukup menarik untuk dijadikan panduan.
Selain kuasa mekap, kulit wajah yang cantik perlulah bermula dengan asas penjagaannya. Perkongsian darinya ini telah mendapat hampir 5 ribu retweets dan juga 6 ribu butang likes di laman twitternya.
Sebelum itu, haruslah diingatkan bahawa semua kulit berbeza jadi hasilnya mungkin tidak sama bagi setiap individu.
Ayuh, kita ikuti thread yang dikongsi di laman twitternya.
Wudhu semestinya boleh memberi Nur di wajah.
Walaupun klise, namun pengambilan buah dan minum banyak air sangat penting kerana ia sangat membantu untuk mendapatkan kulit anjal tau.
Jangan tinggalkan pelembap kulit untuk memberi hidrasi pada kulit.
Sunscreen itu wajib dipakai untuk mengelakkan kulit burn dan bukan guna sewaktu di pantai sahaja.
Cuba cari produk penjagaan yg khusus untuk mencerah yang sesuai dengan wajah.
Pastikan anda membaca review dulu sebelum membeli sesuatu produk ataupun membeli trial pack untuk lebih jimat.
Exfoliate akan menghilangkan semua sel kulit mati. Tapi pastikan ye wajah diskrub dengan lembut.
Serum Vitamin C yang mempunyai banyak kelebihan boleh mengurangkan kekusaman dan juga parut jerawat.
Bahan kandungan yang power untuk hilangkan wajah kusam.
Antara produk yang anda boleh cuba…
Masker wajah untuk muka yang glowing di pagi hari!
Tapi bagaimana pula jika semuanya tidak berhasil?
Jadi, anda juga bolehlah mencuba semua tips ini untuk tampil berseri pada Syawal nanti yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kedatangannya. Pasti anda akan beraya dengan penuh keyakinan apabila berhadapan dengan saudara mara serta sahabat handai nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jejaki Hari Sunnah Untuk Berpuasa Sepanjang Tahun, Untungnya Siapa Yang Amalkan Amalan Yang Paling DicintaiNya
Puasa bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Ramadan, malah Nabi Muhammad (s.a.w) akan mengamalkan puasa secara berkala sepanjang tahun. Puasa dipercayai bukan sahaja mempunyai faedah fizikal, seperti, mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan pembakaran lemak, tetapi ia juga menggalakkan disiplin rohani dan fokus dalam beribadat.
Sebagaimana sabda Nabi: “Jika seseorang tidak menjauhi perkataan dusta dan perbuatan dusta ketika berpuasa, maka Allah tidak peduli jika dia menahan makan dan minum.” (Bukhari, 1241)
Beberapa dekad yang lalu, kita telah melihat pelbagai usaha dijalankan untuk menghubungkaitkan teknologi dengan kepercayaan agama. Bagi umat Islam, ini juga berdasarkan bagaimana Islam diamalkan di zaman moden dengan menjadikan teknologi dan Iman menjadi lebih serasi dan harmoni.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Semak hari Sunnah untuk berpuasa sepanjang tahun untuk ditandakan dalam kalender anda:
Isnin dan Khamis
Aishah (r.a.) meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) pernah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (at-Tirmidzi, 745). Dengan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, kita akan dapat menunjukkan cinta dan konsisten dalam beribadah kepada Allah (s.w.t). Ini akan dapat mengajar kita untuk istiqomah dalam beramal ibadah dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Puasa dua kali seminggu bukan sahaja sunnah Rasulullah, malah dikatakan sebagai rutin yang menyihatkan tubuh badan anda. Kajian menunjukkan bahawa puasa berselang-seli membolehkan badan menyahtoksik dan meningkatkan kadar metabolisme seseorang, membolehkan pembakaran lebih banyak kalori.
Hari Putih
Hari Putih atau dikenali sebagai ‘Al-Ayyam al-Bid’ dalam bahasa Arab, ialah tiga hari berturut-turut yang jatuh pada setiap 13, 14 dan 15 hari dalam bulan Islam. Ia dipanggil Hari Putih kerana bulan purnama bersinar terang pada hari tersebut. Umat Islam digalakkan berpuasa selama tiga hari ini pada setiap bulan Islam kecuali pada 13 Zulhijjah, kerana umat Islam dilarang berpuasa pada tiga hari berturut-turut selepas Hari Raya Haji, yang dikenali sebagai hari Tashriq.
Puasa 6 di Bulan Syawal
Walaupun mungkin sukar untuk terus berpuasa setelah melakukannya pada bulan Ramadan, umat Islam dianjurkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal, bulan yang mengikuti sejurus selepas Ramadan, untuk mencapai fadhilat dan ganjaran yang besar.
Diriwayatkan pula oleh Ibn Khuzaimah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa bulan Ramadhan mendapat pahala sepuluh sepertinya, dan puasa enam hari mendapat pahala dua bulan, dan itulah puasa sepanjang tahun. .” Maka barangsiapa yang berpuasa enam hari dan bulan Ramadhan akan mencatat pahala puasa sepanjang tahun.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan puasa ini, asalkan hari pertama dalam bulan itu tidak disertakan. Nabi melarang umatnya berpuasa pada hari raya Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji), kerana hari-hari tersebut adalah hari-hari untuk makan, minum, berkongsi dan meraikan nikmat yang dikurniakan Allah. Sesetengah orang mungkin memilih untuk berpuasa enam hari berturut-turut serta-merta selepas hari pertama, atau berpuasa lewat dalam bulan itu, sama ada sehari selepas hari lain atau pada hari rawak pada bulan tersebut.
Berpuasa Pada Bulan Sya’ban
Sya’ban (Syaaban) adalah bulan di mana beberapa mukjizat yang paling banyak berlaku, seperti terbelahnya bulan dan perubahan kiblat. Pada bulan ini, kita harus berusaha untuk melakukan sebanyak mungkin amalan yang boleh. Salah satu kelebihan berpuasa di bulan Sya’ban ialah ia dapat dijadikan sebagai tarbiah Ramadhan, baik rohani mahupun jasmani.
Ramai ulama Islam yang menjadikan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam keampunan dan keberkatan. Umat Islam akan bermalam dengan solat sunat dan zikir sebagai cara memohon keampunan atas dosa-dosa lampau. Keesokan harinya pada 15 Sya’ban, umat Islam sering berpuasa.
Namun, puasa pada separuh kedua Sya’ban tidak dibenarkan untuk berpuasa, kecuali bagi orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa secara tetap atau yang menyambung setelah berpuasa pada separuh pertama bulan Sya’ban. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh beberapa ulama daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: “Apabila sudah separuh Sya’ban, janganlah kamu berpuasa.” (at-Tirmidzi, 738)
Hari ke-10 Muharram – Hari Asyura
Puasa pada 10 Muharram, yang dikenali sebagai Hari Asyura, menghapuskan dosa setahun yang lalu. Umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sehari sebelum dan selepas Asyura, pada 9 dan 11 Muharram. Mengapa digalakkan berpuasa pada hari tersebut? Ia adalah untuk memperingati hari Allah (s.w.t) menyelamatkan Nabi Musa (a.s) dan pengikutnya daripada musuh mereka.
Hari ke-9 Zulhijjah – Hari Arafah
Bulan Zulhijjah dikenali sebagai bulan haji. Walaupun tidak semua daripada kita berpeluang untuk menunaikan haji, ada cara yang boleh kita mengabdikan diri dengan cara yang sama. Ibadah haji tidak akan lengkap tanpa perjalanan yang diberkati ke Gunung Arafah. Bertaubat pada hari Arafah adalah cara memperbaharui janji anda kepada Allah (s.w.t) dan memulakan semula, menjadikannya sunnah untuk berpuasa pada hari ini.
Istiqomah adalah kunci
Jejaki sejarah puasa anda sepanjang tahun dengan ciri penjejak puasa dengan pelbagai cara seperti aplikasi-aplikasi yang sedia ada seperti aplikasi Muslim Pro. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menyemak doa harian dan membaca Al-Quran dimana jua mereka berada dan ia untuk membantu umat Islam di seluruh dunia untuk terus beribadah.
Seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah: Nabi ditanya, “Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah? “Baginda bersabda, “Amalan yang paling tetap walaupun sedikit.” Beliau menambah, “Janganlah kamu memikul dirimu, kecuali amal yang menurut kemampuanmu.” (Bukhari, 6465)
Ingatlah, amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang konsisten walaupun kecil.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Shuib Kini Tunangan Watie Hanafiah, Syukur Dengan Aturan Allah..
Pernah diasak persoalan demi persoalan bila bakal berumah tangga kembali, selepas kehilangan isteri tercinta Allayarhamah Siti Sarah Raisuddin yang menemui ilahi apabila gagal dalam pertempuran melawan Covid-19 pada 2021.
Kini Pelawak dan Penyampai Radio, Shuib atau pemilik nama Shahmira Mohamad menjawab segala persoalan apabila dia akhirnya telah mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihan hatinya yang juga usahawan Watie Hanafiah yang berlangsung hari ini (Sabtu).
Shuib Bersyukur Majlis Pertunangan Berjalan Lancar!
Ketika ditanya berkenaan perasaanya apabila kini sudah separuh jalan memiliki Watie, ini yang diungkapkan oleh Shuib. Jelasnya, dia memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana majlis pertunanganya berjalan dengan lancar.
Tambahnya lagi, dia turut merasa terharu apabila kurang lebih sebulan sahaja lagi kedua-dua buah keluarga bakal disatukan menjadi keluarga besar.
Artikel berkaitan: “Bilik Sebelah-Sebelah, Jodoh Ke Tu?,” – Netizen ‘Approved’ Jika Shuib Bersama Nana!
“Perasaan yang cukup berdebar-debar dari semalam, dari rumah lagi. Jadi lainlah, tapi ada rasa seronok dan terharu. Sebab melihat bekas mentua, mak dan sebelah sana keluarga disatukan, rasa terharu dan bersyukur.
“Dalam kehidupan kita tak sangka apa yang Allah aturkan. Apa yang boleh diharapkan adalah doa daripada semua orang. Sebab kita menjalani apa yang Allah tulis.
Shuib Mohon Doa Semua Hingga Ke Jinjang Pelamin
Selain itu, Shuib turut meminta agar orang ramai mendoakan bahawa dirinya kuat menempuh fasa bertunang dan berjaya menikahi watie menjadi suri hatinya.
“Harap doa daripada semua orang boleh menguatkan untuk kita menuju ke arah yang lebih baik.
Tak ada orang nak kehidupan tak best. Semua orang harapkan kebahagiaan. Harap doalah baik-baik untuk saya sekeluarga,” kata Shuib.
Sekadar Info, Shuib menamatkan teka-teki hubungannya bersama Watie dan memaklumkan bakal diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Jun 2023.
Terdahulu, menerusi perkahwinan Shuib dan arwah Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan
berusia setahun lima bulan.
Sumber: Instagram Watie Hanafiah & Instagram Shuib Sepahtu
Artikel berkaitan: Shuib Bawa Anak-Anak Ziarah Kubur Sarah, ‘Sambut Bday Dekat Rumah Baru U’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajar Jadi ‘Idola’, Hijabi Ini Cemerlang Tamatkan Ijazah, Dapat Tawaran Sambung PHD ‘Fast Track’ Lagi!
Setiap kejayaan yang dikecapi pasti perlu datang seiring bersama usaha, bak kata pepatah ‘yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang’. Tetapi bukanlah mudah untuk mencapai kecemerlangan secara konsisten dan berterusan.
Begitu juga dengan usaha berterusan yang dilakukan oleh hijabi kelahiran Kluang Johor, Wan Norsyafiqah Arinah Wan Norazmi yang baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah kelas pertama dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Dek kerana kecemerlangan yang dikecapinya itu, Arinah telah mendapat tawaran dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) secara fast track.
Sikap Suka Belajar Dan Cintakan Ilmu Pengetahuan Sudah Dipupuk Dari Kecil
@rinahhhhhh0 teka mortal board tu dah sampai mana #capcut #graduation #graduated #utm #convocation ♬ original sound – Rin – arinah azmi
Menyingkap kisah kejayaan yang dikecapinya, Arina berkata kecintaanya terhadap ilmu pengetahuan tidak pernah usai sejak dia masih kecil lagi.
Jelasnya, dia tidak suka bertangguh dan sentiasa menyiapkan kerja sekolah semasa waktu senggang menunggu pertukaran cikgu mata pelajaran menjadikan dia mampu menyandang gelaran pelajar cemerlang.
“Semasa tunggu pertukaran cikgu di kelas, memang saya akan cuba siapkan semua kerja sekolah yang ada supaya tidak membuang masa. Ia akhirnya jadi tabiat saya.
“Ibu bapa juga mementingkan nilai pendidikan sejak saya kecil dan mereka ibarat kunci pertama dalam pendidikan yang membuatkan saya suka untuk belajar,” ujarnya.
Bukan ‘Study Hard’ Cuma Suka Belajar Banyak Perkara Baru
@rinahhhhhh0 Teruntuk wanita wanita hebat, jangan pernah berhenti untuk mencapai cita-cita 🎓❤️ #CapCut #convocation #phdstudent #convoutm #utm #phd #fyp #fypシ ♬ original sound – Rin – arinah azmi
Bagaimanapun, selain menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran, Arinah mendedahkan bahawa dia juga ada membahagikan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti lain seperti berniaga.
“Saya bukanlah seorang yang study hard tetapi saya suka ambil tahu dan belajar. Pada masa sama suka berniaga. Jadi memang saya tak bebankan diri semata-mata untuk belajar,” luahnya yang kini menjual cornflakes madu.
Artikel berkaitan: Hijabi Hafaz Quran Cetus Inspirasi! Raih Tempat Kedua Peperiksaan Acca Dunia!
Jadi, apabila menerima tawaran untuk mengikuti pengajian pantas PhD sebaik sahaja menamatkan pengajian Ijazah, Arinah tidak perlu berfikir dua kali untuk menerima tawaran berkenaan dan perlu menghabiskan pengajian dalam tempoh tiga tahun.
Sekadar info, terdahulu kosah kejayaan yang dikecapi hijabi ini tular di laman Tik Tok hingga menjadi sorotan wargamaya, setakat artikel ini ditulis video perjalanan kejayaan Arina telah mencecah hampir sejuta tontonan.
Malah, Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen dan melihat rata-rata netizen terinspirasi dengan kejayaan yang dikecapi arinah dan bertanyakan apakan tip dan amalan yang dilakukan beliau hingga terus-terusan mengapai kecemerlangan.
“Definisi sebenar beauty with brain. Semoga berjaya dunia dan akhirat.
“Tahniah. Boleh tak kongsi cara belajar dan urus masa?
“Sis bagi tips macam mana belajar,” ujar warganet.
Sumber: TikTok @rinahhhhhh
Artikel berkaitan: Bapa Terlantar, Dapat Layanan ‘Kelas Pertama’, Kegigihan Anak Gadis Lelaki Ini Cetus Inspirasi!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI