Dalam zaman yang serba mencabar dengan peningkatan taraf hidup yang semakin tinggi, seboleh-bolehnya suami isteri itu kedua-duanya perlu bekerja. Tidak cukup perbelanjaan jika hanya salah seorang itu bekerja. Lebih-lebih lagi jika yang tak bekerja itu adalah lelaki atau suami yang sepatutnya jadi dahan bergantung buat seorang isteri.

Apatah lagi jika yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur di mana segala-galanya perlukan wang untuk bergerak ke sana ke mari. Namun rezeki itu semua telah ditentukan oleh Tuhan.

Sudah 5 Tahun Berhenti Kerja

Jika kita sentiasa mengingatinya, walaupun tidak bekerja, tetapi masih boleh menghirup udara segar dan menghayati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa ini. Itulah juga yang dialami oleh penulis thriller popular, Ramlee Awang Murshid walaupun setelah 5 tahun bergelar penganggur terhormat.

Menurutnya, sebelum itu dia memang sudah lama menyimpan niat untuk berhenti kerja iaitu sejak tahun 2008. Tetapi hanya diizinkan Tuhan bermula 2012.

Edisi terhad hanya 5 ribu naskah.

A post shared by Ramlee Awang Murshid (@ramlee_awang_murshid) on

“Saya sebenarnya sudah penat bekerja sejak tahun 80-an lagi. Hampir 19 tahun makan gaji di RTM sejak muda, berkahwin dan kemudiannya mempunyai anak. Lagipun ketika itu dalam masa sama, saya turut menulis novel.

“Waktu itu saya rasakan hidup ini seperti tidak berkat kerana sering curi-curi masa menulis. Saya tak mahu benda-benda haram untuk beri keluarga makan. Sampai satu tahap saya nak bekerja sendiri dan mahu menulis sepenuh masa.

“Lama saya berfikir untuk bekerja sendiri sebelum ambil keputusan muktamad untuk berhenti. Sebaik berhenti bukan bermakna saya hanya duduk goyang kaki sahaja. Tetapi sejak 5 tahun lalu saya menguruskan segala kerja rumah,” jelas bekas wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini.

IKLAN

Uruskan Kerja Rumah

Menurutnya oleh kerana isterinya masih bekerja, jadi segala urusan rumah diuruskan oleh Ramlee sendiri termasuk menguruskan keperluan anak mereka yang sudah berusia 17 tahun.

“Sebaik lepas subuh, saya uruskan sarapan, hantar anak ke sekolah, mencuci kain dan kemudiannya lakukan solat Dhuha serta Solat Taubat sebelum betul-betul mula bekerja. Kemudian saya sediakan makanan tengah hari untuk anak dan biasanya hanya hidangan simple seperti ikan goreng, sayur, ayam ataupun kadang-kadang spageti,” ujarnya yang tidak kisah dianggap Mr Mama kerana baginya tugas seorang isteri itu terlalu mulia. Dia juga banyak belajar memasak dengan isterinya.

Jangan Tinggal Solat

Walaupun tidak bekerja, Ramlee tetap menjalani kehidupannya dengan aman dan tidak timbul soal susah. Ini adalah berkat amalannya yang tidak pernah melupakan Tuhan.

IKLAN

“Jangan sesekali tinggal solat kerana ia adalah tiang agama. Bukan itu sahaja, seseorang itu juga perlu menunaikan zakat. Selain itu, apa yang penting adalah mengingati Allah dengan sentiasa berdoa pada-Nya.

“Kita juga sebagai manusia biasa sebenarnya perlukan hidayah dan bukan hanya untuk orang bukan Islam sahaja. Mintalah bersungguh-sungguh pada-Nya. Mustahil  Allah tak bagi kerana Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang. Jangan hanya ketika waktu susah sahaja mengingatinya. Tetapi waktu senang lagi senang untuk kita minta pada-Nya,”  pesannya lagi.

Selepas tidak bekerja ini jugalah Ramlee banyak habiskan masa dengan perkara berfaedah antaranya adalah belajar mengaji dengan memperbaiki bacaan tajwid. Walaupun bapanya dulu adalah seorang Qari tetapi ketika dulu mereka tidak serasi untuk belajar mengaji bersama

Selitkan Unsur Positif

Seperti juga rutin hariannya yang sentiasa mengingati Tuhan, Ramlee turut menerapkan unsur baik dalam setiap novel karyanya. Salah satu adalah novel ‘Best Seller Tombiruo – Penunggu Rimba.

IKLAN

Bagi  peminat novelis yang tegar membaca novel Tombirou pastinya tidak akan lepaskan peluang untuk menontonya di pawagam Oktober ini. Adaptasi dari novel ‘best seller’  karya Ramlee Awang Murshid ini pastinya tidak akan mengecewakan kerana garapan novel sudah cukup membuat jiwa tidak keruan membacanya.

Istimewa utk anda…

A post shared by Ramlee Awang Murshid (@ramlee_awang_murshid) on

Apatah lagi jika diterjemahkan dalam filem, pastinya membuahkan satu jalan cerita yang menarik. Namun ia bukanlah thriller semata-mata kerana filem ini turut menyentuh nilai kekeluargaan yang cukup tinggi.

“Bukan mudah untuk saya hasilkan novel thriller begini. Setiap apa yang saya sampaikan kepada pembaca adalah suatu yang membawa mesej. Seperti dalam novel ini saya selitkan ilmu agama yang boleh dipraktikkan. Misalnya zikir yang mampu membuat jiwa tenang dan kepentingan solat itu sendiri.

“Bagi saya senjata paling ampuh bagi orang Islam adalah dengan berdoa. Hanya dengan doa kita akan bersangka baik,” tambahnya lagi yang berpuas hati dengan penggambaran filem yang dilakukan di Hutan Keningau Sabah dan sekitar sini.

Filem  ini membariskan beberap pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Datuk M.Nasir, Farid Kamil, Nabil Huda, Faizal Hussien dan Hasnul Rahmat.

Trailer: what say u?

A post shared by Ramlee Awang Murshid (@ramlee_awang_murshid) on

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI