Memasuki bulan Febuari dianggap hari cukup istimewa. Ini kerana selain dari bulan ini hanya ada 28 atau 29 hari, Febuari juga cukup bermakna buat semua wanita yang berhijab sempena sambutan #worldhijabday di seluruh dunia. Hari di mana kita meraikan  wanita Muslimah memuliakan mereka yang berhijab. Biarpun berhijab, tetapi pandangan kita tetap teguh dan berpendirian dalam memperjuangkan hak-hak wanita. Walaupun pelbagai cabaran ditempuhi, tetapi diharapkan kita wanita yang memilih untuk berhijab ini terus kekal istiqomah.

Sebagai ‘public figure’, pastinya tumpuan terarah pada mereka apabila mengambil keputusan untuk berhijrah. Ada antaranya yang tumbang di separuh jalan dan ada juga yang tetap iman di hati tanpa menanggalkan apa yang telah menutupi mahkota mereka. Malah bukan sahaja bahagian itu yang ditutup tetapi juga aurat sebagai Muslimah terjaga sepenuhnya.

Bagi selebriti Shazrina Azman atau Mizz Nina yang telah berhijrah lima tahun lalu turut mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana masih kekal dengan hijrahnya. Walaupun masa berlalu terlalu pantas, tetap dia tetap memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada semua wanita yang berhijab di seluruh dunia. Tetap bangga dengan jati diri sebagai Muslimah sejati dan jadi seperti diri sendiri.

Ucapan ini diungkapkan dirinya di laman instagramnya sempena meraikan #worldhijabday yang disambut pada 1 Febuari lalu.

Menurut isteri kesayangan Noh Hujan ini pemakaian hijab adalah pilihannya sendiri. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menyampaikan kasih dan cintanya tidak berbelah bagi Allah SWT.

Malah cara pemakaiannya sekarang ini adalah untuk melindungi diri dan orang yang disayangi dari sebarang ‘kesakitan’. Malah apa yang menjadi pilihanya (menutup kepala dengan kebijaksaan sebagai penghias mahkotanya) itu semua dilakukan adalah hanya untuk Allah SWT.

A post shared by MizzNina (@officialmizznina) on

IKLAN

Posting #worldhijabday ini memberi reaksi positif daripada followernya yang setia mengikuti perkembangan diri Mizz Nina dari sebelum hijrah hingga dengan penampilan dirinya sekarang.

Ramai memuji betapa indah kata-kata diluahkan Mizz Nina. Malah ada juga menjadikan dia sebagai motivasi dan sumber inspirasi. Posting ini mendapat hampir 24K like dan rata-rata mengharapkan agar Mizz Nina kekal istiqomah dengan pilihan yang dibuatnya.

syareefa.mastura masyaAllah sis you are beautiful inside n out..may rahmat Allah Alwys be with u sistaa missnina

nazirahisa_ You are so inspired. May Allah bless you. Ameen

@nurarisamaryam Alhamdulillah. Kak @officialmizznina cantik berhijab. MashaAllah!!! Moga Allah permudahkan semua ibadah Kak Nina. Aamiin!!! Sayang kakak seperti kakak sendiri kerana Allah!

zielaabdulhameed Alhamdulilah semoga istiqomah 🙂

IKLAN

natrahashin Ur modesty and istiqamah is such an inspiration.

Transisi Mizz Nina nyata memang mengejutkan semua peminatnya. Dia yang nekad berhijab sebaik pulang dari mengerjakan haji bersama suaminya dan sehingga hari ini dia terus dengan imej yang sama.

A post shared by MizzNina (@officialmizznina) on

Sewaktu awal-awal berhijab, dia juga turut melayari video di Youtube seperti Rubina, Yaz The Spaz dan beberapa personaliti lain yang kelihatan trendy walaupun dalam balutan menutup aurat.

Menurutnya dia selesa dengan imejnya kini dan akan terus istiqomah dengan penghijrahannya. Apatah lagi, mendapat sokongan suami tercinta untuk lebih mendekati Islam dan Tuhan.

IKLAN

A post shared by MizzNina (@officialmizznina) on

Ekstra Info:

World Hijab Day disambut pada 1 Febuari setiap tahun. Hari ini begitu istimewa kerana mengajak semua wanita Muslimah di dunia untuk mengenakan dan mengetahui lebih mendalam maksud berhijab. Sudah lima tahun diadakan dan ia memang mendapat sambutan cukup memberangsangkan seluruh dunia.

Pertama kali diadakan di New York, Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memberi info kepada wanita bukan Islam mengerti tentang Islam dan hijrah. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan rasa diskriminasi terhadap wanita berhijab dan sebagai salah satu pencegahan Islamophobia, khususnya di negara barat untuk mewujudkan keamanan seluruh dunia.

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI