Selepas penyanyi Yuna dan Chryseis Tan yan memilih untuk menyarung dress putih di majlis pernikahan, seorang lagi selebriti yang juga turut menggyakan rona putih pada hari bersejarahnya. Bekas model antarabangsa yang cukup popular dan punya pengaruh kuat di media sosial, Aliza Kim juga selamat mengakhiri zaman gadisnya bersama lelaki pilihan yang dipanggil Zafrul.

Mengimbas detik perkenalan, Aliza Kim memberitahu di laman instagramnya dia  bertemu Imamnya dua kali sepanjang pertemuan sebelum mengikat hubungan dengan ikatan yang sah. Hubungan mereka berdua sangat suci kerana antara mereka tidak ber’dating’, ‘chating’ dan dia juga turut mengadakan solat istkharah sebelum berkata ‘YES’ pada suaminya itu.

Aliza yang memuat turut posting di laman instagramnya sehari lalu memberitahu mereka berdua telah disatukan dalam satu majlis pernikahan mengikut syariah dan cukup sederhana yang hanya dihadiri oleh sanak saudara serta teman rapat.

Aliza Kim berkata dia turut bersyukur kepada Tuhan kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang sangat baik, mampu membuatkan dia ketawa dan mereka berdua juga sama-sama dalam proses mendalami Islam.

Pasangan ini turut dihujani ucapan tahniah dari rakan-rakan artis seperti Heliza Helmi dan juga Fynn Jamal. Masing-masing mendoakan kebahagiaan buat pasangan pengantin baru ini dan semoga kekal hingga ke jannah.

Aliza yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Colorado, Amerika Syarikat nekad melafazkan syahadah pada 2011. Dia sanggup meninggalkan dunia glamour sebagai model popular di United Kingdom setelah mengenali Islam dan berhijrah.

Beliau lahir sebagai anak tunggal seorang paderi Katolik. Berdarah kacukan Siam Cina, sebagai anak tunggal dia sentiasa menikmati sokongan keluarga termasuk keputusannya memilih Islam sebagai jalan hidup menuju akhirat.

Jom saksikan foto eksklusif momen bahagia Aliza Kim dan suaminya yang masih dalam ‘mood’ pengantin baru.

1. Menerima mahar dari suami tercinta

2. Bunga tangan juga berwarna putih.

3. Seri pengantin baru di sebalik layah putih.

4. Mas kahwin digubah menjadi jambangan bunga.

5. Manis Aliza Kim dalam persalinan rona putih.

6. Manisan buat tetamu.

7. Majlis ijab kabul sedang berlangsung.

8. Sederhana tetapi meriah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALIZA KIM

Tinggalkan Komen