Fenomena obses kepada bintang Korea atau Kpop memang cukup tular di sana sini. Kemunculan mereka bagaikan penyeri kepada kehidupan sebahagian peminat yang terlalu meminati bakat lakonan ataupun nyanyian artis dari Korea ini. Bukan sahaja di negara asal mereka, tetapi juga merebak di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah jika kehadiran ketika membuat persembahan atau sesi  bertemu peminat memang di nanti. Baru-baru ini selebriti Korea yang cantik dan menjadi idola ramai Suzy Bae dilihat begitu sporting melayan seorang peminat Muslim yang menyarung hijab di kepalanya.

Dalam pertemuan bersama peminatnya, Suzy Bae tampil menawan dengan hijab yang disarung oleh seorang peminat dari Indonesia. Reaksinya yang cukup sporting melayan itu menjadi bualan hangat di media sosial.

Peminat berkenaan tampak gembira dapat bertemu selebriti idolanya dan dia terus memberikan hadiah dan turut meminta untuk mengenakan selendang berkenaan pada Suzy.

Selebriti ini tiada masalah dan membiarkan sahaja hijab warna biru motif bunga sakura itu di sarung pada kepalannya. Malah kedua-duanya dilihat bergambar bersama.

IKLAN

Malah sepanjang sesi bertemu peminatnya, Suzy dilihat terus mengenakan selendang itu. Dia nampak cantik dan jelita kala berhijab yang begitu sesuai dengan penampilannya waktu itu. Keadaan ini menyebabkan ramai peminatnya yang mahu bergambar dengan Suzy.

Suzy memang memiliki ramai peminat dan disebut-sebut sebagai ‘Nation’s First Love’ di Korea. Popularitinya sedang meningkat naik di Indonesia kerana drama Koreanya ‘While You Were Sleeping’ bergandingan dengan Main Lee Jong Suk ditayangkan di sana.

A post shared by Bae Suzy 배수지 (@bae_suzy) on

IKLAN

Hijabi muda yang bertuah menyarungkan selendang jenis pashmina itu bernama Rizky Yuliani atau Ryu.  Momen ini dikongsi bersama di laman sosial @suzyforever dan mendapat perhatian netizen. Ramai memuji kecantikan Suzy dan menganggap dirinya bagai bidadari syurga.

anamardliyah Bidadari surge

sweetchristina79 So beautiful..

IKLAN

masaguswahyustwn Subhanallah

clardfsr She look so gorgeous

deffie_airen So cute suzy ❤

well2510 Beautifull with hijab ❤

wulandya OMG you look so beautiful with that scraf

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI