Sejak penyanyi Elyana mengumumkan dirinya penghidap kanser limfoma tahap 4, maka carian di laman web begitu tinggi bagi mengetahui apa sebenarnya kanser ini. Sebelum ini kanser limfoma seakan tidak begitu biasa di pendengaran kita. Kebiasaannya kita hanya mendengar kanser paru-paru, servik ataupun payudara. Malah jika dilihat bentuk fizikal penderita sakit ini seperti tidak dapat menyangka peserta Gegar Vaganza 4 ini rupanya sedang berjuang melawan penyakit merbahaya itu.

Dalam satu carian di laman sosial, admin terbaca satu posting dari pengguna dengan nama Qaseh Afieqa. Dia memberitahu dirinya juga ada kaitan dengan penyakit limfoma ini tetapi tidak tahu tahap berapa. Membaca tulisannya seakan dapat meneka dia seorang yang cukup positif dan ceria orangnya.

Qaseh Afieqa mendedahkan sudah beberapa kali dia ke hospital kerajaan dan pihak sana memberitahu keadannya masih belum di tahap bahaya. Malah masih boleh melengahkan untuk proses pembedahan. Apabila doktor memberitahu keadaannya masih tidak bahaya, dia mampu menarik nafas lega.

BENJOLAN MAKIN BESAR

Cuma dia perasan benjolan itu semakin besar dan kesihatannya juga menjadi merudum. Dan keadaan ini hanya disedari oleh mereka yang terdekat dengan dirinya sahaja. Dia merasakan dirinya cukup letih bagaikan bekerja 24/7 tanpa henti. Bukan itu sahaja, wanita ini turut mengalami pening hingga mahu termuntah dan ia sudah seperti perkara biasa.

Malah lebih teruk lagi dia mengalami keadaan jalan terhuyung-hayang hinggakan dia yang menjalani rawatan di sebuah klinik mengatakan dirinya mengandung. Mana mungkin dia hamil sedangkan dirinya masih belum berkahwin lagi. Selain itu dadanya juga turut sakit, mengalami semput dan alergik hinggakan doktor turut suspek dia menghidap asma.

Justeru dia diberikan pam untuk mereka yang menghidap asma dan ternyata sedikit sebanyak dapat membantunya memulihkan pernafasan. Cuma masalah kahak yang dialami masih belum selesai. Sebelum ini menurutnya dia memang memakai purdah hampir setahun, tetapi atas masalah kesihatan dia tidak lagi mengenakannya.

LIMFOMA MEMUDHARATKAN

Qaseh Afieqa turut menceritakan pengalamannya yang berulang alik hampir sejam ke tempat kerja menyebabkan dia lebih suffer. Namun demi mencari pengalaman dan menghargai pengajian yang diperolehi menyebabkan dia terpaksa reda melalui detik itu.

Diakhir catatatnya, dia berkata limfoma ini ada banyak jenis dan ia boleh memudharatkan. Malah ramai yang tersedar bahaya penyakit ini setelah dicuit dengan Tuhan apabila Elyana mendedahkan sakit yang dialaminya itu. Wanita ini turut mendoakan agar penyanyi itu sembuh dan kuat melawan penyakitnya. Dalam pada itu, dia turut meminta netizen mendoakan dirinya juga untuk kesembuhan.

IKLAN

Dia yang selama ini berulang alik ke hospital tetapi ia masih sama dan berputus asa. Malah katanya bengkak itu semakin besar. Seperti Elyana, dia juga mahu mencuba rawatan secara tradisional. Wanita ini percaya tiada penyakit tanpa ubat dan percaya doa dan berharap pada Allah SWT yang boleh menyembuhkan kerana sakititu sebenarnya adalah penghapus dosa.

Artikel Berkaitan: Elyana Dedah Rahsia 7 Tahun Bertahan Dari Kanser Limfoma

Rupa-rupanya teman-teman wanita ini juga baru dapat tahu penyakit yang dideritanya ini. masing-masing memberi semangat agar dia terus kekal positf.

Qaseh Afieqa turut berkongsi maklumat mengenai KANSER LIMFOMA:

Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa. Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.

Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.

IKLAN

Bagaimana Kanser Limfoma Terbentuk

Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.

Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.

Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor.

Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.

Golongan Yang Berisiko Mengidap Kanser Limfoma

Warga tua
Lelaki
Mengahadapi masalah auto-imun
Pengidap HIV/AIDS
Banyak memakan daging merah dan lemak
Selalu terdedah kepada bahan kimia

Tanda-Tanda Kanser Limfoma

Nod limfa membengkak pada bawah ketiak, leher, atau celah paha.
Demam
Badan menjadi lemah dan keletihan
Hilang berat badan
Sentiasa berpeluh
Sukar benafas dan sering sakit dada
Gatal gatal pada kulit
Ruam kulit

IKLAN

Bagaimana Kanser Limfoma Dirawat?

Doktor akan mengambil sedikit sampel dari dalam nod limfa yang membengkak untuk diuji.

Ujian lain yang akan dilakukan adalah ujian darah, biopsi sum sum tulang, dan juga CT scan atau PER scan. Ini bagi menentukan tahap kanser yang dialami.

Jenis rawatan akan dilakukan oleh doktor dengan mengambil kira faktor usia, tahap kesihatan, tahap kanser dan jenis kanser.

Antara rawatan yang bakal dilakukan untuk penyakit ini adalah:-

Kimoterapi
Kimoerapi dan radioterapi ke kawasan sakit
Terapi biologi – contohnya suntikan antibodi terus ke kawasan sakit.
Rawatan Stem Cell
Adakah Kanser Limfoma Boleh Dielakan?

Oleh sebab punca utama kanser limfoma tidak dapat dikenalpasti puncanya, maka tiada cara yang jelas yang boleh disarankan.

Walaubagaimanapun, pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup yang sihat dan jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah terjadinya kanser.

Jika ada didapati mempunyai tanda tanda berulang seperti yang disenaraikan sebelum ini, lakukan pemeriksaan segera dan jangan bertangguh.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI