Selain Nurul Izzah, kelibat ibunya, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga turut mencuri tumpuan sepanjang kempen PRu 14 yang lalu. Mana tidaknya wanita ini yang tampil cukup sederhana, penuh santun dan ceria ini tetapi mempunyai aura tersendiri. Malah sikap lembut, penyayang dan begitu ambil berat membuatkan kita merasakan dia seperti emak kita sendiri.

Ketabahan wanita ini memang cukup menjadi inspirasi di luar sana. Ramai yang tahu kisahnya dipisahkan dengan suami tercinta ketika anak-anak masih kecil. Namun beliau tidak patah semangat, malah tetap teguh berjuang hinggalah segalanya menjadi kenyataan.

Ibu kepada 6 anak ini dilihat sebagai seorang wanita yang luar biasa. Biarpun pelbagai ujian melanda, beliau tetap tabah menghadapinya. Baginya anak-anak dan suami adalah sumber inspirasi dan kekuatan hidup.

“Saya akui anak-anak dan suami adalah kekuatan saya. Cinta, kasih dan sayang memang teguh di hati saya untuk keluarga ini. Saya perlu bangkit bagi membela suami dan anak-anak saya. Fikirkan untuk masa depan dan menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang diamanahkan oleh suami, hidup ini sementara dan akhirnya kembali kepada Allah jua,” katanya ketika ditemu bual secara eksklusif bersama majalah Keluarga.

Menurutnya jika berdepan dengan setiap ujian, Wan Azizah akan membaca surah Al-Mulk ayat 1-5 barulah dia akan benar-benar mengerti. Ini yang menjadi pegangannya kerana semua yang berlaku adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya.

Melihat pada kulitnya yang cantik, wanita kelihatan Singapura yang sudah berusia 66 tahun ini sebenarnya begitu menjaga personaliti.

“Dulu suai saya pernah berkata dalam nada seloroh kepada saya, katanya kalau gemuk dia kahwin lain. Jadi saya percaya setiap suami mahukan seoragisteri yang pandai menjaga penampilan.

IKLAN

“Manakala hal penjagaan kulit pula tidak terlalu cerewet. Apa yang saya tekankan pada pemilihan produk mestilah bersumberkan bahan-bahan asli.  Kalau siapa perasan, hidung saya sering nampak sedikit berminyak dan berkilat. Jadi saya gunakan bedak. Itu sudah cukup ringkas dan tidak perlu banyak masa bersiap,” tambah beliau yang juga menjaga pemakanannya.

Dr Wan Azizah juga elak mengambil makanan yang syubhah kerana menurutnya mudah diserang sakit kepala jika termakan makanan begitu.

Lagi satu yang menjadi keistimewaan wanita hebat ini adalah penampilannya yang cukup manis berbaju kurung serta setia dengan tudung polos dengan stail ikatan begitu.

Biarpun hanya tudung yang di kelepet kemas melekap  didahi, namun Dr Wan Azizah tetap terampil manis dan mendamaikan mata memandang.

IKLAN

Ayuh, kita lihat 10 OOTD Wan Azizah sepanjang kempen PRU 14 ini. Sama seperti anaknya, Nurul Izzah mungkin gaya hijab beliau akan jadi trend Syawal nanti.

#1. Penuh Semangat

#2. Popular Di mana-Mana

#3. Saat Minum Petang Bersama

#4. Tetap Ceria

IKLAN

#5. Bersama Kipas Hikmat

#6.Tidak Kekok Walau Di mana Berada

#7. Merakam Kenangan Bersama

#8. Cukup Tenang Orangnya

#9. Beri Sokongan

#10. Ada Aura Tersendiri

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR WAN AZIZAH & PINOGRAPHY

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI