Pelbagai jenis petua untuk kecantikan kulit boleh anda dapati menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Ternyata petua-petua memang berkesan jika diamalkan secara berterusan. Cuma, anda perlu tahu jenis kulit anda terlebih dahulu sebelum mencuba sesuatu petua kerana terdapat sesetengah individu mengalami masalah kulit yang sensitif.

Terbaru, terdapat satu perkongsian menerusi Facebook oleh seorang wanita bernama Nurtieja Sheikh Ismail tentang petua cantik menggunakan ais kiub gula pasir yang ditambah dengan buah-buahan kesukaan anda. Memang menarik bila melihat potongan ais kiub yang diisi dengan buah-buahan.

Tetapi, buah-buahan ini bukan untuk anda makan tau. Ia digunakan untuk kulit, bergantung kepada apa yang anda mahu ubah pada kulit anda. Sekiranya anda mahukan kulit yang cerah, gunakanlah buah oren dan jika anda mahu kulit yang lembap, gunakan tomato. Memang mudah!

Ayuh baca perkongsian gadis ini. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk memilki kulit idaman.

Foto: Facebook Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

Tieja suka beli buah potong banyak banyak. Yang 5 paket RM8 gitu sebab boleh merasa banyak jenis buah. Tapi kedai yang selalu pergi tu, tak sah kalau tak bagi lebih. Tu kadang sayang buah-buah potong ni cepat buruk. Tak sempat nak makan banyak-banyak gitu.

IKLAN

Jadi, daripada membazir Tieja buat cube ice. Siapa follow tieja dari dulu tahu kan, tips penjagaan kulit tieja. Memang setiap hari, sehari sekali akan tuam ais dekat muka.

Tapi kali ni ubah sikit citarasa, buat lebih ‘aummmmm’ khasiat die.

Foto: Facebook Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

Bahan yang korang perlu ada:

IKLAN
GULA PASIR (Jadikan seperti air gula)

⁃ melembapkan kulit
⁃ kulit sihat dan cerah
⁃ kecilkan pori
⁃ tak ade kesan sampingan, insyaallah
⁃ singkirkan kulit kering

BUAH-BUAHAN

Buah-buahan yang korang ada, atau suka. Tieja kebetulan ada semua buah buah dan sayur tu dalam peti. So apa salahnya potong buat warna warni. Kelebihan setiap buah ni banyak. Boleh google. Tieja just bagi satu kelebihan setiap buah ni.

IKLAN
  • OREN: mencerahkan
  • ANGGUR HIJAU: kulit lebih berkilau
  • EPAL MERAH: membantutkan pertumbuhan jerawat
  • LEMON: kurangkan minyak muka
  • KENTANG: ini tieja buat khas untuk mata
  • TOMATO: melembapkan
  • PEACH: anti penuaan/anjal kan kulit
  • TIMUN: kecilkan pori
  • KUNYIT HIDUP: kecutkan jerawat

Andai korang pakai buah lain, sila la google ye. Macam labu boleh, lobak, bayam dan banyak la boleh korang cuba.

Jom pakai. Syok gila weh. Hari-hari mesti nak pakai.
Hasil selepas bilas. Nampak macam kemerahan kan. Yela sejuk kauuu.
Hasil selepas bilas. Nampak macam kemerahan kan. Yela sejuk kauuu. Kulit tak berminyak walaupun selepas 3 – 4 jam.

Cara buat boleh refer video ok.

Sehari satu AIS KIUB. Memang tegang habis muka.

Sumber: Facebook Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI