Setiap kali selepas solat, anda pasti menadah tangan untuk berdoa dan memohon ampun pada Allah Taala. Tetapi, tahukah anda bahawa berdoa tidak hanya boleh dilakukan selepas solat.
Berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Cuma, anda perlu tahu waktu yang mustajab agar doa anda dimakbulkan oleh Allah Taala.
Antara waktu-waktu yang mustajab adalah:
#1 – Ketika Sahur & Sepertiga Malam Terakhir
Allah Taala sangat gemar akan hamba-Nya yang berdoa pada sepertiga malam yang terakhir. Sepertiga malam merupakan waktu yang dipenuhi berkat kerana pada waktu itu, Allah Taala akan turun ke langit dunia dan mengabulkan setiap doa hamba-Nya yang berdoa pada ketika itu.
#2 – Ketika Berbuka Puasa
Waktu berbuka puasa merupakan waktu yang penuh keberkahan kerana manusia pada waktu itu merasakan salah satu kebahagiaan ibadah puasa iaitu boleh makan dan minum selepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzalimi.” – HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no. 1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al-Albani di Shahih At Tirmidzi
#3 – Saat Malam Lailatul Qadar
Lailatur Qadar merupakan malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang terjadi pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan. Peluang hanya datang setahun sekali. Latih diri untuk bangun solat pada waktu malam.
Imam As-Syaukani berkata bahawa:
IKLAN
“Kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.” – Tuhfatud Dzakirin hal. 56
#4 – Doa Antara Azan & Iqamah
Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamah. Azan merupakan panggilan, seeloknya diam seketika dan jawab panggilan tersebut dengan bacaan yang disarakan.
Dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah.”
#5 – Ketika Sujud Dalam Solat
Ketika sujud, kita akan terasa begitu dekat dengan Allah. Ambil peluang ini untuk meminta dalam sujud. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar.
IKLAN
Dari Ibnu Abbad R.A. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan.” – Riwayat Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’wa Sujud 2/48
#6 – Ketika Hujan Sedang Turun
Hujan merupakan nikmat Allah Taala.
Dari Sahl bin a’ad R.A bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.” – Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3078
IKLAN
#7 – Ketika Azan Berkumandang
Anda juga disarankan untuk berdoa ketika azan berkumandang.
“Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak; doam pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk.” – Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa’ 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal.341. Dan Al-Albani dalam Ta’liq Alal Misykat 1/212 No.672
#8 – Pada Hari Jumaat
Seperti yang semua sedia maklum, hari Jumaat merupakan hari yang paling barakah dan Allah Taala sangat memuliakan hari Jumaat. Manfaatkan sebaiknya.
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan, seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut.” – Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166, Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6
#9 – Ketika Sedang Bermusafir
Anda tentu pernah bermusafir. Siapa sangka, ketika bermusafir juga doa anda tidak akan ditolak.
“Tiga orang yang doanya pasti dimakbulkan; doa orang yang teraniaya; doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.” – Sunan Abu Daud, kitab Shalat bab Do’a bi Dhahril Ghaib 2/89. Sunan At-Tirmidzi, kitab Al-Bir bab Doaul Walidain 8/98-99. Sunan Ibnu Majah, kitab Doa 2/348 No. 3908. Musnad Ahmad 2/478. Dihasankan Al-Albani dalam Silsilah Shahihah No. 596
Seperti bulan-bulan lain, ketika Ramadan juga kita perlu menitikberatkan soal kesihatan. Berpuasa sepanjang hari tidak bermakna, anda tidak boleh melakukan pelbagai perkara lain.
Urusan anda berjalan seperti biasa, cuma boleh kurangkan sedikit aktiviti kerana tidak mahu kita terlampau penat dan letih pula nanti.
Selain makan kurma, ada beberapa tip yang HIJABISTA nak kongsi untuk memastikan anda kekal sihat, cergas dan bertenaga di bulan mulia ini.
#Banyakkan Minum Air, Terutama Air Kosong
Sila banyakkan minum air terutama air kosong. Ini kerana ketika bulan puasa, air dalam badan cepat hilang dan jika tidak mahu mengalami dehidrasi, banyakkan minum ketika berbuka dan bersahur. Jika ada masa terus terusanlah minum kerana boleh mengekalkan kecergasan sepanjang hari.
#Elakkan Minuman Berkafein
Kalau boleh ketika puasa ini elakkan minum minuman berkafein. Ini kerana boleh menyebabkan anda mengantuk dan tidak bermaya untuk melakukan pelbagai perkara. Jika mahu minum, cukuplah secawan ketika berbuka kerana digalakkan minum air panas ketika waktu itu.
#Elakkan Tidur Berlebihan
Ini paling utama ditekankan. Janganlah asyik tidur ketika bulan puasa dengan alasan letih. Jika terlebih tidur akan menyebabkan anda rasa lesu dan lemah sepanjang hari. Elok anda gantikan masa yang ada dengan bertadarus membaca Al-Quran. Rugi besar jika Ramadan yang hanya 30 hari ini diisi dengan tidur sahaja.
#Kurangkan Makanan Yang Bergoreng & Berminyak
Untuk berbuka, diingatkan supaya masak sendiri. lagi selamat, elok dan terjaga kebersihannya. Kalau boleh kurangkanlah makanan yang bergoreng atau berminyak. Lebih elok yang bakar atau rebus sahaja. Ingat kesihatan itu penting dan kalau boleh elakkan pergi bazar Ramadan.
#Kurangkan Makanan Terlalu Berempah & Pedas
Kena juga kurangkan makanan yang berempah dan pedas. Ini bagi mengelakkan perut beragam sebab kosong sepanjang hari. Bimbang kalau salah makan nanti boleh cirit-birit dan mengganggu proses berpuasa. Lagi satu perlu bijak kawal nafsu daripada melihat pelbagai jenis masakan yang sedap dan menyelerakan.
#Lebihkan Pengambilan Buah-buahan & Sayuran
Ini tip paling berkesan untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Elok jamah buah-buahan dulu sebelum ambil makanan berat. Kalau ikut sunah, makan kurma seulas dua, kemudian solat dulu sebelum pengambilan hidangan lain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai anak kelahiran Pahang, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyatakan rasa hiba berhubung keadaan banjir teruk yang melanda tempat kelahirannya di Kuala Lipis, Pahang.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi kesayangan ramai ini memuatnaik beberapa keping gambar yang mana memperlihatkan keadaan bekas sekolahnya iaitu SMK Clifford yang teruk ditenggelami air sehingga hanya menampakkan bahagian bumbung sahaja.
Tidak betah duduk diam melihat keadaan itu penyanyi berusia 41 tahun itu mengambil inisiatif untuk membantu menghantar bekalan makanan dan keperluan asas ke sana bagi meringankan beban mereka yang terkesan dek banjir.
Menurutnya, “Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir. Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya.”
Selain itu, pelantun lagu popular Aku Bidadari Syurgamu ini juga turut menyeru pengikutnya, rakan-rakan dan juga alumni SMK Clifford untuk memberikan sedikit bantuan demi pembangunan semula sekolah tersebut yang terjejas teruk.
“Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir. Ada ni akaun di bawah,” ujarnya.
Sering menjadi ikon untuk hijabi kekal bergaya walaupun berniqab, figura ini akui jarang menggaykan hijab yang bercorak. Selesa dengan hijab polos padanan yang sesuai dengan niqabnya.
Namun, apabila ditemui dalam satu majlis pelancaran koleksi terbaharu Naelofar, ternyata ibu kepada seorang anak yang bakal melahirkan anak ke2 ini tampak lebi menyerlah. Padanan hijab bercorak dan niqab polos pasti ramai hijabi yang teinspirasi dengan gayanya.
Temui “dunia baharu” dengan koleksi baharu Naelofar yang menarik, bertema selepas watak dan tetapan kegemaran peminat Disney’s Aladdin! Terkenal dengan komitmennya terhadap ketukangan yang luar biasa dan perhatian terhadap perincian,
Jenama hijab Naelofar sangat gembira menghidupkan motif reka bentuk Aladdin yang mempesonakan. Tudung Naelofar yang dibuat dengan teliti dalam bahan premium akan memastikan trendsetter boleh menikmati keselesaan mewah sambil berkongsi cinta mereka untuk setiap watak Disney yang sangat digemari ini.
Kolabrasi yang dinanti-nantikan
Terletak di bandar Agrabah yang terpesona, Aladdin mengikuti kisah Aladdin dan Puteri Jasmine, yang kedua-duanya memulakan perjalanan penemuan diri yang luar biasa. Kisah abadi ini telah menawan hati di seluruh dunia dan di Malaysia.
Bermula dengan kolabratifnya yang pertama dengan Disney, Naelofar kini telah mencipta koleksi indah yang akan membolehkan peminat Aladdin membawa pengembaraan Agrabah lebih dekat dengan rumah dan kehidupan seharian mereka. Nah, ternyata koleksi ini yang dinanti-nantikan!
Kekal setia bersama
“Aladdin menunjukkan kepada kami bahawa siapa anda secara dalaman adalah apa yang paling penting. Di Naelofar, kami berharap dapat memberi inspirasi yang sama kepada pelanggan kami untuk kekal setia kepada diri mereka sendiri dan menentukan laluan mereka sendiri apabila mereka memakai reka bentuk kami,” kata Noor Neelofa Mohd Noor, pengasas Naelofar.
Koleksi ‘Disney x Naelofar Aladdin’ sesuai untuk semua hijabi, sama ada anda peminat Aladdin lama atau hanya ingin menambah sedikit kilauan pada harian anda repertoir.”
Pelanggan akan dimanjakan dengan pilihan kerana ciri koleksi “Disney x Naelofar Aladdin” mempunyai himpunan pelbagai item yang boleh disuai padankan.
Tudung persegi dan selendang – setiap satu dalam enam warna terang atau pastel yang berbeza. Dengan corak yang kaya mengingatkan jalanan yang sibuk dan motif elegan yang merujuk kepada Princess Jasmine, setiap selendang Edisi Terhad diselitkan dengan daya tarikan dan misteri Agrabah
“Jasmine” jumper – membintangi siluet agung Puteri Jasmine, karya cantik ini terdapat dalam dua warna manis dan menambah sentuhan feminin pada mana-mana pakaian
“Monogram”jumper – dengan reka bentuk monogram bertemakan lampu ajaib, bahagian atas tebal ini sesuai dengan mana-mana fashionista mencari rupa yang lebih edgier.
“Saya sekali lagi sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Disney untuk membawakan satu lagi cerita Disney kegemaran saya kepada kehidupan,” kata Neelofa.
Tambahnya lagi “Melalui koleksi baharu Naelofar, kami berharap dapat menjadikan tudung dan pakaian kami lebih daripada kenyataan fesyen, tetapi karya seni yang merakam kegembiraan watak-watak kesayangan Disney.
Koleksi Disney x Naelofar Aladdin kini boleh didapati melalui butik runcit Naelofar, Naelofar.com, Shopee, Lazada dan stokis sah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!