Beg tangan wanita dianggap teman baik yang setia menemani anda ke mana sahaja. Malah kehadirannya juga menjadi pelengkap kepada penampilan. Tidak kira kecil atau besar, beg tangan  menjadi item sangat berguna untuk mengisi pelbagai keperluan. Agak-agak apa barangan ‘rare’ yang wajib ada dalam beg seorang wanita, selain dompet.

Ayuh, Hijabista senaraikan barangan yang kita anggap ‘rare’ perlu ada dalam aksesori kecil ini.

1. Tuala Wanita

Ini item paling ‘rare’ yang wajib ada dalam beg seseorang wanita. Kalau boleh ‘stanby’ pad kerana kita tidak tahu bila akan mengalami ‘datang bulan’. Bayangkan kalau ketika itu berada di luar dan tiada menyimpannya dalam beg akan mendatangkan masalah besar kepada kita. Kalau boleh letak satu atau dua dan boleh juga dipinjamkan pada teman yang kadang-kadang meminta secara tiba-tiba.

2. Item Asas Solekan

Item ini juga dianggap ‘rare’ kerana ramai wanita terlupa untuk meletakkannya dalam beg. Cukup sekadar mekap di rumah sebelum keluar. Namun kita sebenarnya perlu menyimpan item asas solekan seperti bedak, gincu bibir dan maskara dalam beg. Ketiga-tiga item ini amat berguna apabila kita singgah solat dan tidak mahu wajah terlampau pucat. Jadi kita boleh serikan wajah dengan 3 item ini untuk menyerlahkan penampilan.

3. Benang & Jarum

Kalau boleh letakkan juga dalam beg anda peralatan benang dan jarum. Ini bagi memudahkan jika tiba-tiba tudung, baju atau kain terkoyak tiba-tiba di pejabat. Letak sahaja benang putih kerana sesuai dengan semua warna. Manalah tahu malang tidak berbau dan dua benda ini penyelamat kita dari rasa malu walaupun sekadar koyakan kecil.

IKLAN

 

 

 

 

IKLAN

4. Minyak wangi & deodoran

Dua item ini juga perlu ada dalam beg seorang wanita. Kadang-kadang kita berada di luar di persekitaran yang berbau seperti dapur memasak, jadi segarkan bau anda apabila masuk semula ke pejabat dengan wangian ini. Jangan sampai bau tidak enak ini mengudang rasa tidak senang di kalangan rakan pejabat. Begitu juga bagi mereka yang mengalami masalah bau badan. Jangan risau kerana kita boleh atasinya dengan meletakkan dedoran di tempat yang sepatutnya.

5. Seluar Dalam

Ini juga dianggap barang ‘rare’ yang juga amat penting kala kita perlukannya. Lebih-lebih apabila kita ‘datang bulan’ dan pastinya ada ‘stain’ pada seluar yang dipakai sebelumnya. Kalau sedikit tidak mengapa, tetapi memang agak menggelabah jika ia hadir dalam kuantiti banyak. Kalau boleh letakkan sahaja seluar pakai buang dalam beg dan pakai apabila diperlukan sahaja.

IKLAN

 

6. Tudung

Boleh juga letakkan tudung dalam beg ‘Doraemon’ anda. Nak senang letak sahaja tudung bawal yang tidak sukar untuk kita menggosoknya. Boleh terus pakai sekiranya tudung anda rosak atau mengalami kekotoran dek percikan sambal atau benda lain.

7. ‘Tape’ Pengukur

Senang jika ada  ‘tape’ pengukur dalam beg. Maklumlah zaman sekarang semua orang shopping secara online jadi senang untuk mengukur saiz badan jika mahu membeli baju atau seluar. Mana tahu ada mana-mana jenama online yang membuat sale secara mengejut, jadi boleh terus menggunakan ‘tape’ ini jika mahu membelinya kelak.

8. Gula-gula Atau Asam

Kadang-kadang kita akan rasa mual atau loya dan mahukan sesuatu makanan manis atau masam. Jadi dua makanan ‘rare’ ini perlu wajib ada dalam beg para hijabi. Seeloknya pilih gula-gula berangin dan elak coklat kerana ia hanya akan menyebabkan anda rasa lebih muak nanti. Selain itu asam juga elok bagi membuatkan tekak dan mulut anda lebih rasa selesa.

SUMBER FOTO: INSTAGRAM HIJABI BLOGGER & INTERNET

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI