Kata orang, sepasang mata yang menarik adalah jendela wajah. Teknik solekan mata yang tepat sememangnya dapat memancarkan mata yang malar segar dan memancar. Ingin tahu bagaimanakah teknik solekan bagi mendapatkan sepasang mata yang menawan, tiru langkah di bawah ini!

1. Kelopak Mata Menurun

Beri bayangan pada sudut mata bahagian luar dengan eyeshadow, Misalnya berwarna oren atau coklat, tarik di bahagian hujung luar mata sedikit ke atas.

2. Sudut Mata Menurun

Berikan penggaris mata nipis di garisan kelopak mata bahagian atas dengan sudut luar ditarik ke atas. Ia akan membantu ‘mengangkat’ sudut mata yang menurun.

IKLAN

3. Lingkaran Hitam Mata Kelihatan

Gunakan penutup cela (‘concealer’) satu nada lebih terang daripada kulit anda pada bahagian lekukan di sekitar hidung. Ia akan membuatkan lingkaran hitam mata tersebut dapat disamarkan.

4. Kedutan Halus Jelas Kelihatan

Hindari menggunakan pembayang mata dengan efek ‘glitter’ atau ‘shimmer’ kerana ia akan memperjelaskan lagi kedutan-kedutan halus yang muncul di sudut mata atau kening. Agar mata lebih bersinar, jangan lupa pakai maskara, sebaik-baiknya pilih warna hitam.

IKLAN

5. Jika Jarak Mata Berdekatan

Konsentrasikan pembayang mata berona putih atau ‘off white’ di kawasan sudut mata bahagian dalam, dan beri efek gelap pada sudut mata bahagian luar. Sebaliknya, jika kedudukan mata agak berjauhan, oleskan pembayang mata warna gelap di sudut mata dan warna terang di sudut mata bahagian luar.

IKLAN

6. Jika Tulang Mata Menonjol

Oleskan pembayang mata berona gelap, misalnya coklat tua pada garis lekukan kelopak mata manakala kelopak mata disapu dengan warna lebih muda misalnya coklat muda. Melalui trik ini, tulang mata yang menonjol itu akan dapat disamarkan.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI