Pelbagai material tudung yang dijual di pasaran. Ada yang diperbuat daripada material chiffon, crepe, cotton dan juga sutera. Terpulang pada kehendak seseseorang fabrik apa paling disukai kerana cita rasa setiap daripada kita berbeza. Walaupun terdapat puluhan jenama muncul di pasaran memperkenal label masing-masing, namun kebanyakan dijual dengan harga yang cukup tinggi.

Batuan manik mengindahkan penampilan.

Malah ada hijab yang dijual mencecah ratusan ringgit. Justeru bagi memenuhi kehendak pengguna daripada golongan sederhana, Gedung MYDIN tampil memperkenalkan pelbagai hijab yang mampu memenuhi cita rasa penggemar hijab. Selain harganya yang mampu milik, ayuh kita lihat beberpa lagi keistimewaan hijab dari label Mykayla keluaran MYDIN ini untuk menyempurnakan Syawal anda.

1. Muka Jadi Tirus

Menggunakan fabrik satin dengan rekaan menarik membuatkan penamlan seseorang itu kelihtan lebih tirus tatkala memakainya. Malah ia juga senang dibentuk hingga menjadikan seseorang itu tampil menarik dan bentuk wajah menjadi kecil dan runcing.

IKLAN
Kemasan teknik applique menjelmakan seri di pagi Syawal.

2. Tidak Mudah Kedut

Material yang digunakan juga menyebabkan hijab tidak mudah kedut. Malah boleh digunakans epnjang hari terutama pabila Syawal bagi memenuhi jemputan ke rumah terbukan. Malah apabila membuka untuk bersolat dan memakainya semula juga tidak mudah kedut.

3. Selamat Dari Tercarik

Fabrik ini juga selamat daripada tercarik pada jarum. Usah risau jika berlubang atau koyak kerana material yang digunakan memang diperakui tidak mudah tercarik dengan benda-benda tajam.

IKLAN
Menggunakan fabrik lembut memudahkan pergerakan hijabi.

4. Senang Dibasuh & Mudah digosok

Ia juga turut memudahkan kerja menggosok kerana ia cepat kemas dan licin. Jadi kerja menggosok menjadi lebih cepat dan mudah. Lebih-lebih lagi jika menggunakan steam iron yang akan memudahkan kerja mengosok hijab ini. Hijab ini juga mudah dibasuh menggunakan tangan.

IKLAN

5. Menjimatkan Poket Anda

Harganya yang berpatutan menjadikan kita lebih bijak berjimat. Malah anda boleh memiliki 10 koleksi terbaru yang ada untuk digayakan sepanjang Syawal nanti. Pelbagai pilihan menarik dan boleh disesuaikan dengan busana digayakan. Selendang ini boleh dimiliki pada harga antara RM29.90 hingga RM39.90 sahaja.

Mainan rona pastel jadi pilihan ramai.

6. Setanding Kualiti Jenama Mahal

Lagi satu kesitimewan hijab Mykayla ini adalah kualiti setanding hijab jenama mahal. Fabriknya yang lembut dan tidak keras ini sangat sesuai sekali digayakan dengan pelbagai gaya lilitan yang anda sukai. Tanpa perlu pin yang banyak, lilitan simple cukup memadai untuk bergaya di pagi lebaran

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI