Bagi hijabi yang dikurniakan bentuk bulat atau pipi ‘chubby’ memang agak sukar mencari padanan hijab yang bersesuaian. Silap pilih tudung boleh membuatkan wajah anda seperti kuih ‘pau’.

Sebenarnya pemakaian tudung yang sesuai dengan bentuk wajah mampu mengubah efek penampilan untuk tampil lebih menarik. Terutamanya bagi hijabi yang mempunyai wajah bulat atau ‘chubby’. Pastinya cara pemakaian dan pilihan tudung bersesuaian boleh membuatkan raut wajah nampak lebih tirus.

6 Jenis Tudung Yang Boleh Kuruskan Bentuk Muka  Bulat Atau ‘Chubby’

Bagi jelitawan yang gemarkan evolusi trend terkini, admin nak kongsi 6 jenama tudung terkenal ini yang telah mengeluarkan koleksi  tudung berperanan untuk membantu menguruskan bentuk wajah bulat.

TUDUNG BAWAL

Untuk hijab jenis potongan bawal, memang sentiasa jadi pilihan sepanjang zaman. Kriteria yang ringkas dan mudah dipakai menjadikan bawal sebagai pilihan wajib untuk wanita bertudung. Malah materialnya yang lembut dan mudah dibentuk agak menyenangkan untuk dipakai terus.

INSTANT SHAWL DUA MUKA

Untuk koleksi daripada Neelofa (Annabelle Collection) pula, potongan tudung dua muka ini yang dihiasi dengan batu sworski dan lapisan kedua boleh menyembunyikan bentuk pipi yang lebar/bulat dengan menggayakan lapisannya ke depan. Terus dapat menyembunyikan wajah bulat anda.

INSTANT SHAWL DENGAN AWNING

Gambar no #3 menjadi kelainan yang tersendiri apabila hijabi hanya perlu menyarung instant shawl terus lengkap bersama awning muncung. Dan rasanya, ini evolusi baru untuk menggantikan trending tudung bawal? Sesuai sekali digayakan oleh hijabi yang aktif dan lasak kerana awning akan kekal muncung di kepala.

INSTANT SHAWL INNER BERSILANG

Bagi peminat tegar Madison Sugarscarf, rasanya tidak asing lagi rekaan ini untuk anda. Inner lekap silang berbentuk V di dahi sangat berkesan bagi memberikan ilusi kurus untuk anda yang berwajah bulat.

SQUARE TUDUNG

Square tudung pula konsepnya sama seperti bawal. Cuma keistimewaannya ialah mempunyai pelbagai corak pelbagai material. Bagi mereka yang mempunyai bentuk muka bulat cuba gayakan corak yang tidak sarat dengan motif.

AWNING LEMBUT

Awning lembut dan mencecah bawah pipi mampu menyorokkan lebihan isi di pipi, malah sekiranya anda memilih awning berwarna gelap, ia mampu untuk membutkan wajah nampak tirus.

 

 

Tinggalkan Komen