Setiap individu punya warna kegemaran masing-masing. Sebenarnya, warna pilihan anda ada maksud yang tersendiri dan mampu menyerlahkan personaliti anda.

Jangan terkejut jika admin katakan warna mampu mengubah mood anda dan juga individu di sekitar anda. Lebih-lebih ketika menjelang Syawal mulia.

Jadi, baju raya anda warna apa tahun ni? Jangan tersalah pilih warna pulak, takut orang sekeliling moody pula tengok anda nanti.

Biru

 

Warna biru melambangkan seseorang individu yang bercita-cita tinggi, bijaksana, berpandangan jauh dan berfikiran terbuka. Jika anda gemarkan rona biru, apa kata cuba sarungkan Kurung Moden Ala Kardigan dari Mastuli Khalid’s Manis Collection yang boleh didapati di Fashionvalet. Kurung polos dengan sedikit pandanan hijab bercetak tampak lebih memukau.

Oren

A post shared by Mimpikita (@mimpi_kita) on

Ia merupakan satu warna yang melambangkan kehangatan, sifat kreatif dan emosi seseorang individu. Cuba gayakan  Kurung moden bercorak dari Mimpikita. Lihat sahaja pada gabungan warnanya sudah melambangkan sisi kreatif si pemakai.

Merah

A post shared by Nurita Harith (@nuritaharith) on

Dikatakan warna merah ini merupakan warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seseorang yang mempunyai kekuatan. Kalau anda rasa anda berani, anda boleh cuba sarungkan busana raya Nurita Harith. Hadir dengan rekaan moden, admin rasa baju ini sesuai dipakai kalau anda mahu ke rumah terbuka atau sebarang acara yang memerlukan anda bersiap cantik.

Hitam

A post shared by FashionValet (@fashionvaletcom) on


Kebiasaannya, hitam melambangkan warna perlindungan. Anda juga dikategorikan sebagai seorang yang misteri dan perahsia orangnya. Tampil elegan dengan kurung modenDazzle in @alteliaamani.rtw x @missfazura . Serious memang cantik!

Hijau

A post shared by INNAI GROUP (@innaigroup) on

 

Jika hijau warna pilihan anda, anda dikatakan seorang yang sensitif namun bercita-cita tinggi. Malah, warna ini juga dikatakan warna ketenangan. Individu ini juga dikatakan berdikari, berfikiran terbuka dan boleh dipercayai. Kali ini, cuba sarungkan CHANNEL INNAI RED – ONE RAYA yang hadir dengan manik minimalis. Ia buat penampilan anda lebih anggun dan ayu.

 

Tinggalkan Komen