Pemakaian ‘inner’ penting bahi hijabi yang mahu menggayakan shawl untuk mengelak menampakkan aurat terutama bahagian leher. Lebih-lebih lagi jika hijab disarung dari fabrik sifon yang biasanya jarang.

Lambakan jenis ‘inner’ hijab yang terdapat di pasaran pada masa kini juga membuatkan hijabi tidak keruan mahu memilih. Namun tidak semua ‘inner’ ini sesuai dengan cita rasa diri.

Pilih ‘inner’ sesuai dengan bentuk muka.

Ayuh lihat tip untuk memilih ‘inner’ hijab yang sesuai buat dambaan diri!

IKLAN

Ninja

‘Inner-Ninja’ adalah ‘inner’ hijab yang menutupi seluruh kepala dan leher untuk gaya hijab yang tidak menutup bahagian leher, tamsilannya gaya yang menggantungkan sekitar muka atau menyerupai ‘hoodie’. ‘Inner-Ninja’ ini datang dalam pelbagai saiz, cara pemakaiannya pula bergantung kepada si hijabi.

Syria

Ini adalah satu keperluan asas bagi kebanyakan hijabi. Dihasilkan daripada fabrik kapas atau jersi, ia memastikan hijab jenis licin diperbuat daripada fabrik sifon atau poliester akan sentiasa terletak molek.

IKLAN
Penggemar selendang memang wajib pakai ‘inner’

Hijab Mini

Hijab mini bertindak seperti ninja dalaman, yang meliputi leher dan bahagian dada. Ia lebih didambakan oleh mereka yang ingin efek longgar di bahagian leher, berbanding ninja ketat yang boleh menyebabkan ketidakselesaan selepas melalui hari yang panjang.

‘Turban’

‘Turban’ adalah tudung jenis ‘bonnet’ dengan lapisan dan tekstur yang diatur terlebih dahulu untuk mencipta rupa balut ‘turban’. Ia boleh digayakan dengan hijab mahupun mafla untuk menutup bahagian leher. Gayamu pasti menawan!

IKLAN
Aurat lebih terjaga dengan pemakaian ‘inner’.

‘Bonnet’ Renda

Kap ‘bonnet’ renda telah membuat kemunculan semula dan telah menjadi kap pilihan teratas untuk acara atau majlis yang glam. Gayakan dengan renda merinci menunjukkan sekitar dahi untuk menambahkan glam instan untuk ‘look’ anda.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI