Bulan puasa akan tiba tidak lama lagi dan Syawal pula bakal menjelang selepas Ramadan. Pasti agak malu untuk keluar beraya pabila wajah anda dipenuhi dengan jerawat, bekas parut dan pelbagai lagi cela. Gaya sudah meletup tetapi riasan wajah pula menjadi penghalang.

Perkara pertama yang akan kita lakukan adalah untuk menutup cela tersebut dengan produk kosmetik. Tetapi fikiran menjadi buntu kerana sudah berhabis duit membeli kelengkapan raya. Usah risau kerana Hijabista akan kongsikan cara mudah untuk anda kekal sihat dan cantik tanpa menggunakan produk dan sangat bajet.

1. Minum Banyak Air Masak

Langkah ini sudah ramai yang sedia maklum dan sangat-sangat ‘common’ tetapi tidak semua mampu untuk melakukannya. Apabila badan anda tidak cukup air, ia boleh menghadapi dehidrasi dan menjadi punca kedutan! Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk membuang toksin yang ada dalam badan.

2. Makan Diet Seimbang

Bulan puasa ini mungkin agak sukar untuk melakukannya (dengan kehadiran bazar Ramadan) namun jangan sesekali mengalah! Cuba untuk mendapatkan makanan yang kaya vitamin seperti buah-buahan, sayuran, ikan, telur dan bijirin yang menyalurkan anti-oksidan kepada tubuh.

3. Bersenam

Bulan puasa bukanlah alasan untuk skip dari bersenam. Anda hanya perlu sesuaikan gerak senam anda dengan kemampuan semasa berpuasa. Berpeluh mampu membersihkan liang dari kotoran serta mengeluarkan toksin dari badan yang memudahkan kulit anda untuk bersih.

4. Yoga Wajah

Buat beberapa senaman wajah untuk mengurangkan kedutan yang mula timbul. Ia lebih baik dan afteraffect-free berbanding suntikan vitamin atau botox.

5. Cuci Wajah Dengan Air Suam

Pastikan air berada dalam darjah yang sesuai untuk anda tetapi jangan terlalu panas. Namun jika anda sukakan air sejuk untuk mencuci muka, silakan. Cuba rutin ini secara konsisten untuk anda lihat keberkesanannya dalam masa 30 hari. Jom kita ‘baiki’ wajah tanpa menggunakan sebarang produk.

Tinggalkan Komen