Sebagai seorang wanita, pastinya anda memiliki pakaian atau hijab daripada fabrik yang lembut seperti kain berbulu, sutera, kapas dan nylon. Terdapat pelbagai jenis fabrik lembut di pasaran kerana setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza.

Fabrik lembut ini perlu dijaga dengan rapi agar ia kekal lama dan tidak mudah rosak. Jadi, anda perlu tahu cara penjagaan yang tepat agar ia tahan lama. Nah, Hijabista kongsikan 6 tip penting yang boleh anda cuba.

1. Cuci Dengan Tangan

Mencuci fabrik lembut dengan tangan dapat menjamin kebersihan serta menjaga kondisi fabrik tersebut. Jadi, sebaiknya anda cuci dengan tangan.

2. Gunakan Laundry Bag

Sekiranya anda mencuci fabrik lembut seperti hijab menggunakan mesin basuh, gunakan laundry bag agar ia tidak mudah rosak. Pilih pusingan sederhana atau perlahan untuk cucian mesin.

3. Jangan Gunakan Peluntur

Jangan sesekali menggunakan peluntur ketika mencuci fabrik lembut kerana ia hanya akan merosakkan fabrik tersebut.

4. Pastikan Guna Pencuci Yang Sesuai

Untuk menjaga kondisi fabrik lembut, pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai. Hijabista cadangkan anda gunakan pencuci TOP Lite kerana ia sesuai untuk cucian fabrik halus dan lembut. Malah, ia juga dapat memelihara kelembutan fabrik serta dapat menghilangkan kesan daki, peluh dan bau hapak dengan sepenuhnya. Mengapa TOP Lite berbeza dengan pencuci baju yang lain? Ini kerana TOP Lite dapat mencegah kepudaran pada fabrik dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kecerahan warna fabrik. Pencuci TOP Lite lembut pada kulit dengan pH neutral dan ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria.

5. Jemur Di Bawah Matahari

Jangan keringkan fabrik lembut menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk fabrik tersebut. Sebaiknya, gantung dan jemur ia di bawah matahari. Lebih mengujakan apabila pencuci TOP Lite akan mengekalkan keharuman pada fabrik. Sekiranya hujan, anda tidak perlu risau kerana TOP Lite sesuai untuk pengeringan di bawah kawasan yang teduh. Jadi, baju anda tidak akan berbau.

6. Jangan Bilas Menggunakan Pelembut

Seeloknya, jangan bilas pakaian anda dengan pelembut kerana pelembut tidak sama fungsinya dengan pencuci baju. Pakaian anda masih kotor dan pelembut tidak dapat menghilangkan kekotoran pada pakaian anda jika anda membilas pakaian menggunakan pelembut. Jika anda mencuci menggunakan TOP Lite, ia lembut pada tangan dan tidak akan membuatkan tangan anda menjadi lebih kasar.

**************

Sertai peraduan TOP Lite dan anda berpeluang menangi 30 Set TOP Lite bernilai RM200 setiap satu. Hanya klik link di bawah ini:

Tinggalkan Komen