Ada cara lain dari yang lain untuk cantik. Bukan terhad kepada satu cara sahaja.

Produk kecantikan dan alatan adalah benda-benda yang biasa diperlukan untuk cantik. Walaupun begitu, berhati-hati terhadap lambakan produk di pasaran dan juga alatan yang dikatakan boleh memberi pelbagai manafaat. Jangan memudaratkan diri untuk cantik, ya. Tetapi terdapat 5 perkara yang unconventional di mana mampu membantu anda untuk mencantikkan diri. Ini dia...

1. Humidifier

Alat ini sudah terkenal dan biasa di banyak negara-negara maju terutamanya negara Korea. Ia mampu memberi hifrasi ekstra kepada kulit tatkala anda melakukan apa sahaja aktiviti terutamanya ketika anda sedang tidur. Pasang sebelum anda tidur dan anda pasti akan rasa perbezaan kelembapan pada kulit anda apabila anda bangun dari tidur. Terma baru untuk beauty sleep!

2. Sarung bantal dari fabrik sutera

Anggaplah ini alasan untuk berbelanja lebih untuk membeli cadar mahal. Sutera merupakan bahan organik yang natural, hypoallergenic dan juga penuh dengan asid amino yang baik untuk kulit. Ini bermakna anda tidak perlu lagi bangun tidur dengan sarung bantal yang penuh peluh dan minyak dari kepala anda.

3. Water Purifier

Ini mungkin sesuatu yang biasa digunakan untuk air minuman namun banyak negara sudah menggunakan kepala shower yang memiliki water purifier bersambung padanya. Kandungan air paip banyak memberi kesan kepada kulit dan juga rambut kita. Dengan menggunakan kepala shower yang memiliki water purifier, ia akan membantu meningkatkan hidrasi kulit dan rambut di samping meningkatkan sinar dan juga mudah diuruskan.

4. Bedak bayi

Memandangkan bayi kurang digalakkan memakai bedak jadi apa kata ibu bayi yang pakai! Bedak bayi baik dalam menyerap minyak dan juga membantu menebalkan bulu mata anda. Oles maskara seperti biasa kemudian selaputkan pemutik kapas dengan bedak bayi, calitkan pada bulu mata anda. Sapukan lagi sekali maskara selepas itu voila! Bulu mata tebal dan lentik tanpa perlu membazir maskara.

5. Minyak kelapa

Siapa yang tidak tahu akan kebaikan minyak kelapa, dipenuhi dengan nutrien dan vitamin esensi, minyak kelapa merupakan pelembap terbaik untuk kulit dan rambut. Gunakannya sebagai masker rambut semalaman ataupun pelembap wajah dan badan. Campurkan dengan sedikit gula dan anda dapat skrub! Bagaimana? Menarik, bukan.

Kami cukup teruja untuk berkongsi dengan anda semua. Semoga ia memberikan sedikit manfaat kepada rutin kecantikan anda!

Cuba hari ini, okey?