Seperti yang kita maklum, negara jiran Singapura, rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa. Tetapi majoriti adalah daripada kaum China, diikuti Melayu, India dan lain-lain.

Sejak dulu kita lihat agak mustahil jika kaum lain, lebih-lebih lagi wanita yang diangkat menjadi pemimpin dalam mencorakkan pentadbiran negara kecil ini.

Tetapi itulah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Singapura kini telah memiliki Presiden Wanita pertama apabila Halimah Yacob diisytiharkan sebagai presiden kelapan republik itu.


Halimah diisytihar sebagai presiden selepas berjaya melalui prosiding pencalonan.

“Saya merupakan presiden untuk semua orang. Walaupun pilihan raya ini khusus, saya bukan presiden yang khusus.

“Saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura,” katanya.

Apakah keistimewaan, Presiden baru Singapura ini hingga berjaya berada di tahap tertinggi di republik yang cukup maju di rantau ini.

IKLAN

Admin senaraikan apa yang menarik di sebalik wanita berhijab bernama Halimah Yacob ini.

  1. Berusia 63 tahun, Halimah dilahirkan pada 23 Ogos 1954 dan anak bongsu daripada lima beradik.

2. Lahir dari keluarga sederhana. Bapanya meninggal dunia ketika usianya 8 tahun.

3. Sebelum pergi ke sekolah sebelah pagi, Halimah akan membantu dulu ibunya menjual Nasi Padang untuk menyara kehidupan.

Mudah mesra dan disukai ramai.

4. Walaupun hidup susah, semangat Halimah untuk meneruskan persekolahan tidak pernah luntur.

Lapor The New Paper, Halimah merupakan pelajar yang akan duduk paling belakang, sentiasa tidur di dalam kelas dan tidak menyiapkan kerja sekolah. Hal ini kerana Halimah terpaksa bangun seawal 5 pagi setiap hari untuk berniaga. Biasanya dia akan berbelanja,  membersihkan, mencuci meja dan melayani pelanggan.

6. Malah, Halimah sekeluarga pernah dihalau keluar dari rumahnya dan terpaksa menumpang bersama saudara mara terdekat.

IKLAN

7. Setelah lulus dari Singapore Chinese Girl’s School dan Tanjong Katong Girl’s School, Halimah kemudiannya mendapat biasiswa dari Dewan Agama Islam Singapura untuk melanjutkan pendidikannya di University Of Singapore.

8. Oleh sebab dia satu-satunya ahli keluarga yang mampu ke universiti, kakak Halimah yang bekerja sebagai Petugas Penjara telah memberi bantuan kewangan 50 dolar Singapura setiap bulan untuk membantu pengajiannya ketika di universiti.

Mendapat sokongan padu lapisan masyarakat.

9. Walaupun mendapat bantuan dana, beliau tetap juga bekerja sebagai pegawai perpustakaan untuk menampung kehidupannya ketika itu.

10. Halimah berkahwin dengan seorang usahawan, Mohamed Abdullah Alhabshee pada 1980. Pasangan itu terpaksa menyimpan duit selama 8 bulan demi membeli set sofa pertama ketika baru berkahwin.

11. Memiliki 5 orang anak yang dibesarkan di flat HDB yang didiami selama 30 tahun. Bahkan ketika Halimah menjadi ketua Parlimen, beliau tidak berniat untuk berpindah.

IKLAN
Disamping suami (berdiri sebelah) yang jadi penyokong kuatnya.
  1. Menurutunya “Bagaimanapun, lebih dari 80 persen populasi kita tinggal di flat HDB dan jika cukup baik untuk mereka, berarti cukup baik untuk saya, ” katanya kepada The Sunday Times.

13. Suaminya adalah penyokong utama kerjaya Halimah dan sering menemani isterinya ke mana sahaja Halimah pergi berhubungan dengan masyarakat.

14. Cara hidupnya yang gemar bercampur dengan golongan bawahan menyebabkan Halimah cepat tahu apa masalah yang terjadi dan bertindak segera mengatasinya. Misalnya ketika Virus Zika melanda Singapura, beliau pergi dari pintu ke pintu rumah dan melakukan pencegahan bersama dengan penduduk.

Pemimpin berjiwa rakyat.

15. Memiliki kelulusan bidang undang-undang dari University of Singapore. Halimah merupakan presiden Melayu pertama Singapura sejak lebih 47 tahun.

SUMBER: www.halimah.sg

KREDIT FOTO: Facebook Halimah Yacob

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI