Hari ini merupakan hari yang penting bagi seluruh rakyat Malaysia untuk keluar mengundi bagi menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing. Tahniah buat anda yang berjaya keluar mengundi pada hari ini. Undian anda amat bermakna demi menentukan masa depan negara. Sama-sama kita tunggu keputusan pada malam ini ya!
Bukan anda sahaja yang keluar mengundi, barisan selebriti Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Tahniah! Walaupun sibuk, mereka tetap tidak lupa untuk membuang undi pada hari ini. Ayuh kita lihat barisan selebriti yang turut sama beratur dan berpanas demi memangkah parti pilihan mereka.
#1 – Rozita Che Wan
#2 – Siti Nordiana
#3 – Dato’ Siti Nurhaliza
#4 – Fatiya Latiff
#5 – Yana Samsudin
#6 – Ummi Nazeera
#7 – Neelofa
#8 – Vivy Yusof
#9 – Syatilla Melvin
#10 – Puteri Sarah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Nak Cantik Macam Lisa!’-Penampilan Simple & Berstokin Lisa Surihani Buat Hijabi Rasa Terinspirasi
Sejak mengenakan hijab, penampilan aktres terkenal iaitu Lisa Surihani sering menjadi tumpuan ramai kerana dia kelihatan bertambah ayu dan berseri-seri apabila memakainya.
Simple dan tidak berlebihan dalam berfesyen, penampilannya yang berstokin juga memberi inspirasi buat kebanyakan hijabi di luar sana untuk sama-sama menutup aurat dengan lebih baik. Mungkin belum sempurna, tetapi setidak-tidaknya kita mencuba bukan?
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on
Ramai rakan artis dan peminat yang memberi sokongan padanya dan merasakan ia suatu perkara baik yang boleh menjadi contoh buat semua.
Bukan mudah sebenarnya. Slow and steady!
View this post on InstagramAnd it was all yelloww. And blue.
A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on
kredit: twitter REBEL & instagram @lisasurihani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Si Landak Biru Kembali Lagi Dalam Sonic The Hedgehog 2. Kali Ini Bertemu Tails & Knuckles Pula!
Bermula daripada permainan video, karakter animasi Sonic terus setia mendapat tempat dalam hati peminatnya yang tersendiri. Kini tampil dengan sekuel filem Sonic The Hedgehog 2, filem ini ternyata tidak akan mengecewakan mereka yang menontonnya.
Sekuel ini mengisahkan tentang Sonic, si landak biru yang tidak sabar-sabar untuk membuktikan pada dunia yang dia mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi wira sejati.
Namun, ujian dan cabarannya datang apabila Dr. Robotnik kembali, kali ini dengan rakan kongsi baharu iaitu Knuckles bagi mencari batu zamrud yang mempunyai kuasa untuk memusnahkan tamadun menguasai dunia.
Dengan kehadiran rakan baharu iaitu Tails, mereka telah bekerjasama bagi memulakan perjalanan menjelajah dunia untuk mencari batu zamrud tersebut sebelum jatuh ke tangan yang salah.
Berdurasi selama dua jam dua minit, filem arahan Jeff Fowler ini boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak.
Penuh dengan aksi dan babak lucu, lakonan mantap Jim Carrey sebagai Dr. Robotnik semestinya akan membuatkan ramai yang berasa geram dengannya dek kerana karakternya yang jahat, gila dan ‘sengal’!
Beliau juga memberi bayangan akan bersara selepas ini dan Sonic The Hedgehog 2 ini mungkin menjadi filem terakhir lakonannya. Hmm, sedihlah macam ni!
Apa-apa pun, anda pastinya akan terhibur dengan filem aksi komedi ini. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga, nantikan filem lakonan James Marsden, Ben Schwartz, Idris Elba dan ramai lagi pelakon hebat di pawagam seluruh negara bermula 21 April ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkhimatan Analisis Kesihatan Kulit Di Tawarkan Di Sephora Fahrenheit88 Secara Percuma Khas Untuk Newbies.
Ditubuhkan pada 1970, Sephora adalah sebuah konsep peruncit kecantikan yang berwawasan diasaskan di Perancis oleh Dominique Mandonnaud. Kini terdapat beberapa buah telah dibuka di Malaysia menjadikan stor ini menjadi kegemaran hijabi si beauty junkies.
Kedai Flagship Terbesar Sephora Dibuka Di Fahrenheit88
Sephora membuka “The Largest Beauty Playground” untuk memberi pengkhidmatan tiada bandingan bagi komuniti kecantikan
Sephora membuka kedai flagship terbesarnya di Malaysia di Fahrenheit88 yang berlokasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kedai flagship ini akan menawarkan portfolio jenama yang menarik & beberapa perkhidmatan baharu. Dengan keluasan lebih dari 17,000 kaki per segi, Sephora Fahrenheit88 akan menawarkan lebih daripada 100 pilihan jenama dan produk kecantikan dengan konsep reka bentuk kedai yang baharu dan ikonik. “ The Largest Beauty Playground ” ini memaparkan inovasi melalui perkhidmatan khusus bagi ahli-ahlinya dengan tujuan untuk memberikan pengalaman membeli-belah omnichannel yang tiada bandingan.
Peneraju Peruncit Kecantikan
“Pembukaan Sephora Fahrenheit88 adalah bukti usaha berterusan kami untuk menjadikan Sephora sebagai destinasi nombor satu bagi komuniti kecantikan di Malaysia dan juga meneguhkan Sephora sebagai peneraju peruncit kecantikan di dunia. Kedai flagship adalah “ The Largest Beauty Playground ” di Malaysia dan bakal menjadi hab kecantikan utama di negara ini,’’ kata Valerie Foong, Pengurus Besar Negara Sephora Malaysia.
Bersempena dengan pembukaan kedai tersebut, Sephora akan menawarkan sebilangan jenama eksklusif yang hanya boleh didapati di Sephora Fahrenheit88 iaitu Drunk Elephant dan Tatcha. Selain dua jenama itu, Bobbi Brown, La Mer, SK-II, Sulwhasoo, Aerin dan Maison Margiela juga boleh didapati di Sephora Fahrenheit88.
Keunikan Perkhimatan Kecantikan
Perkhidmatan personalisasi adalah salah satu keunikan yang boleh didapati di Sephora Fahrenheit88. Kedai ini memaparkan integrasi teknologi dengan Kiosk Interaksi yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk bernavigasi di kedai; menyemak promosi terbaru, maklumat perkhidmatan dan acara-acara di Sephora; membaca Sephora Buying Guide dan katalog Rewards Boutique ; dan memain permainan yang mengujakan.
Selain itu, terdapat perkhidmatan kecantikan kulit untuk semua pengunjung seperti Perk Treatment by Hydrafacial & Perk Lips — suatu rawatan khusus yang menyegarkan untuk wajah dan bibir yang menggabungkan teknik pembersihan, pengelupasan, dan hidrasi secara serentak; dan Skincredible, by Sephora — suatu khidmat analisis kulit yang menggunakan aplikasi untuk memeriksa kesihatan kulit. Perkhidmatan lima belas minit ini adalah percuma dan pengguna boleh mendapat cadangan produk yang paling sesuai berdasarkan keadaan kulit.
Layanan Istimewa Eksklusif Yang Pertama Di Malaysia
Di tingkat satu, ahli Gold Member boleh menikmati layanan istimewa seperti perkhidmatan membeli-belah peribadi ( personal shopper ) dan khidmat ukiran (engraving service) di Beauty Loft, suatu lounge peribadi eksklusif yang pertama di Sephora Malaysia.
Juga di tingkat satu, Sephora Fahrenheit88 akan menyediakan ruang seperti Sephora Lounge — sebuah ruang acara, dan The Studio — sebuah studio fotografi, untuk digunakan oleh rakan dagangan untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka di Malaysia.
Kedai flagship ini telah dibuka kepada orang ramai pada 18 Januari 2020. Untuk mendapatkan maklumat dan promosi di masa hadapan mengenai Sephora Fahrenheit88, kunjungi Facebook , Instagram atau laman web Sephora Malaysia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI