Semalam telah berlangsungnya satu anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang menyaksikan 12 penyanyi tanah air bertanding untuk merebut gelaran Juara Lagu. Hijabista sendiri akui para peserta yang terpilih ke pertandingan akhir hebat-hebat belaka dan saingan memang sengit.
Tahun ini menyaksikan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Busker berjaya mendapat tempat kedua manakala Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli berada di tempat ketiga.
Dengan tema Fesyen dan Muzik, AJL32 telah mendapat sambutan yang cukup meriah dihadiri barisan selebriti dan para tetamu yang cukup sporting. Bila tibanya anugerah, tentunya perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah pakaian yang digayakan oleh selebriti. Inilah masa untuk melaram dan bergaya sakan di karpet merah.
Ayuh kita saksikan #OOTD 10 selebriti berhijab yang turut hadir memberi sokongan kepada para peserta pada Ahad lalu.
1. Mira Filzah
2. Nabila Razali
3. Amira Othman
4. Farah Fauzana
5. Ameera Zaini
6. Zulin Aziz
7. Sharifah Zarina
8. Bella Dally
9. Wany Hasrita
10. Salma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lari Daripada Kebiasaan, Raya Ernie Zakri & Kilafairy Kali Ini Lebih ‘Lit’ Dengan Koleksi ‘Summer Stories’ H&M
Pejam celik pejam celik hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita bakal menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman, anda tetap boleh bahagiakan diri dengan melaram sakan di pagi raya nanti. Bukan hanya cantik dipandang, malah selesa dipakai di tubuh. Busana apakah itu? Tak lain tak bukan mestilah koleksi pakaian menarik terkini daripada H&M iaitu ‘Summer Stories’.
Selepas seharian berpeluh menyarungkan baju tradisional seperti baju kurung mahupun kebaya, pastinya anda mahu mengenakan busana yang lebih selesa untuk beraya. Tak semestinya kena pakai baju kurung je, anda juga boleh mencuba kelainan dengan mengenakan busana kasual daripada koleksi H&M ‘Summer Stories’ ini.
Turut digemari selebriti terkenal iaitu Ernie Zakri dan Kilafairy, mereka telah berkongsikan sebab mengapa koleksi H&M ini menjadi pilihan mereka di Hari Raya nanti.
“Sangat selesa, our second baju. Bolehlah melawa-lawa sebab kalau dulukan orang kata nak tolong mak kat dapur kena pakai kain batik tapi sekarang ini sudah moden dan fashionable,” jelas Ernie.
Kila juga sangat menyukai koleksi ini kerana ia diperbuat 100% daripada material kapas yang pastinya membuatkan dirinya sentiasa berasa nyaman dan selesa terutama sekali di kala cuaca yang panas.
“Sejujurnya sebelum ini Kila skeptikal juga terhadap pembelian online kerana Kila lebih suka merasai material baju itu sendiri di kedai. Namun, disebabkan Kila lihat foto busana H&M ini sendiri sungguh selesa, jadi Kila yakin untuk terus beli saja,” tambah Kilafairy.
Tampil dengan rona lembut yang sesuai untuk semua, anda juga boleh menyaksikan sendiri dan mengetahui lebih lanjut bagaimana Ernie dan Kilafairy memadankan koleksi ‘Summer Stories’ ini sewaktu beraya dengan penuh bergaya.
Bukan itu sahaja, hos The Hijabista Show iaitu Qila dan Mellya juga diberi peluang untuk melaram bersama koleksi ini sambil dibantu oleh penata gaya terkenal, Tym Fatimah. Selain itu, anda pasti akan terhibur apabila melihat telatah masing-masing bercerita mengenai nostalgia raya mereka yang tersendiri. Memang menggamit memori!
Untuk mendapatkan koleksi ini anda boleh mengunjungi butik H&M seluruh Malaysia ataupun boleh membelinya secara atas talian menerusi laman sesawang https://www2.hm.com/en_asia4/index.html
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Harap Menjadi Trendsetter” LESTI KEJORA Keluarkan Koleksi Fesyen Muslimah Sempena Ramadan & Syawal
Baru-baru ini penyanyi dangdut dari Indonesia, Lesti Kejora mengukir kejayaan baru apabila mengeluarkan koleksi fesyen muslimah Lesti Series dengan kerjasama Nobby.
Motif yang digunakan dalam koleksi ini diinspirasikan daripada bunga hydrangea yang digabungkan dengan motif monogram sebagai identiti Nobby.
Membawa reka bentuk yang mewah dan elegan, koleksi ini boleh digunakan untuk pelbagai acara sama ada formal mahupun kasual, bukan sahaja untuk Ramadan atau raya.
Lesti mengakui, Lesti Kejora fesyen muslimah sangat trendy di Indonesia. Bahkan dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bekerjasama semula dengan Nobby dan mengeluarkan koleksi fesyen muslimah bersama.
Lesti berharap koleksi fesyen yang dilancarkan ini mendapat sambutan ramai dan boleh digunakan oleh pelbagai golongan.
Dia juga berharap koleksinya dapat menjadi trendsetter pada hari raya nanti.
Pengasas Nobby, Unilahwati mendedahkan koleksi Siri Lesti menampilkan warna dan motif yang licin serta diperbuat daripada bahan premium.
BACA JUGA: Inspirasi ‘Stail’ Hijab Kemas & Sopan Persis Lesti Kejora! Jom Cuba Gayakannya Sis
“Siri Lesti menggambarkan perjalanan manusia sepanjang bulan Ramadan, betapa indahnya menyambut hari kemenangan (raya) dengan warna dan motif yang licin serta menggunakan material premium.”
Dalam kerjasama ini, Nobby melancarkan 16 koleksi ready to wear yang berbeza antaranya dress, tunic, kemeja, seluar pendek, dan skirt.
Mereka turut mengharapkan koleksi ini menjadi inspirasi busana muslimah bukan hanya di Indonesia bahkan luar negara.
Semoga koleksi fesyen muslimah milik Lesti Kejora dan rakan kolaborasinya Nabby kekal menjadi pilihan wanita khususnya di kalangan wanita muslimah yang ingin gaya yang sederhana namun kekal fashionable.
Lesti mengakui, Lesti Kejora fesyen muslimah sangat trendy di Indonesia. Bahkan dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bekerjasama semula dengan Nobby dan mengeluarkan koleksi fesyen muslimah bersama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Warna Baju Boleh Pengaruhi Mood & Sikap Seseorang. Kalau Hijau Tanda Kreatif, Putih Pula Kesederhanaan!
Selama ini, kita fikir baju hanya sekadar baju dan tiada makna di sebaliknya. Tanpa disedari, warna baju yang dipakai sebenarnya mempengaruhi mood anda dan warna pakaian tersebut juga mampu menunjukkan pesan tertentu pada orang lain.
Ketahui 9 warna pakaian yang punya maksud di sebaliknya.
1. Merah
Sekiranya anda mahu nampak lebih berani, bersemangat dan aktif, warna merah adalah pilihan warna yang tepat untuk anda. Warna merah juga sesuai dipakai untuk first date anda bersama si dia.
2. Biru
Warna biru menunjukkan kedamaian, peribadi yang segar dan percaya pada diri. Bahkan tanpa anda sedari, warna biru juga akan membuatkan orang menerima anda dengan lebih cepat. Betul atau tidak, cuba dulu di rumah.
3. Jingga
Warna jingga dikatakan sebagai warna yang ceria. Individu yang menggemari warna ini juga lebih mudah untuk bergaul dan mempunyai ramai kawan. Selain itu, individu ini juga suka bekerja secara berkumpulan berbanding secara individual.
4. Kuning
Dek kerana warnanya yang cerah, kuning dianggap warna yang membawa kebahagiaan dan keceriaan. Orang yang gemarkan warna ini juga biasanya suka apabila menjadi perhatian ramai.
5. Hijau
Individu yang sukakan warna hijau dikatakan seorang yang sangat kreatif. Selain itu, warna hijau juga menunjukkan bahawa anda seorang yang bijak bersosial serta bergaul dengan orang ramai.
6. Ungu
Apabila anda memakai warna ungu, anda sebenarnya ingin menunjukkan kemewahan tanpa bersikap sombong. Orang yang memakai warna ungu juga biasanya mahu dilihat sebagai seorang yang kreatif dan mempunyai banyak pandangan.
7. Kelabu
Anda bingung dan tidak tahu nak pakai baju warna apa? Cuba pakai warna kelabu yang dianggap warna neutral. Selain itu, warna kelabu juga akan membuatkan anda nampak lebih berwibawa.
8. Hitam
Tidak dapat disangkal lagi, warna hitam mampu menyerlahkan sisi elegan anda. Apabila pakaian warna hitam disarung pada tubuh, anda akan nampak lebih cool.
9. Putih
Sekiranya anda mempunyai banyak pakaian warna putih di dalam almari pakaian, itu tandanya anda sukakan kesederhanaan. Warna putih boleh menonjolkan kebaikan serta kepolosan seseorang.
Sumber: cewekbanget.grid.id
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI