Waktu Syawal memang waktu yang ideal sekali untuk kita melaram sakan lebih-lebih lagi berbaju sedondon dengan keluarga. Iyalah, jarang dapat peluang nak pakai begini pada hari-hari biasa kan. Selebriti juga tidak ketinggalan berpakaian sedondon bersama pasangan dan anak mereka. Jom kita lihat antara fesyen selebriti bersama ibu ataupun anak mereka.
1. Cantiknya Ziela Jalil dan anaknya Puteri Julia berbaju kurung mint green.
2. Dato Siti Nurhaliza juga memilih untuk sedondon bersama permata hatinya Aafiyah.
3. Wawa Zainal dengan Hayla ni nampak macam adik beradik je. Manis sangat !
4. Adorable sungguh Farahanim dan pasangan serta anak kembar mereka, Amina Raissa dan Amira Raissa memilih warna nude.
5. Lufya dan anaknya Laana Haura nampak cute sangat berbaju bunga pink !
6. Nampaknya Aaisyah pun pandai posing persis ibunya yang vogue, Che Ta !
7. Atita Haris memilih royal blue bersama keluarganya.
8. Walaupun tak sedondon, tapi Neelofa dan ibunya kelihatan manis sekali memilih warna pastel.
9. Fathia Latiff bersama ibu tersayang serta ahli keluarganya menyambut lebaran di luar negara.
10. Alahai, comelnya Liyana Jasmay dan anak memilih corak polka dot!
Seronok betul tengok #OOTD mereka ini di bulan Syawal. Untuk Hijabi semua, mana tahu boleh ambil inspirasi busana mereka untuk Syawal tahun depan pulak kan ?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan Lebih Stunning, Pilih Tudung Sesuai Dengan Warna Kulit
Pemilihan warna hijab yang tepat sangat membantu menaikkan seri wajah.
Maka sebab itulah penting untuk seseorang hijabi itu memilih warna hijab yang sesuai dengan tona kulit agar penampilan diri lebih terserlah.
Bukan semua warna sesuai dengan semua jenis kulit. Pemilihan warna hijab yang salah akan menyebabkan wajah kelihatan kusam, pucat dan tidak bermaya.
Berikut tip pemilihan warna hijab mengikut tona kulit yang dikongsikan Silhouette iana. Moga ia jadi panduan yang berguna kepada hijabi semua.
TIP PILIH TUDUNG IKUT TONA KULIT
Selain bentuk muka, faktor tona kulit juga memainkan peranan dalam menghasilkan keserasian gaya dengan warna tudung yang dipilih. Pemilihan warna tudung yang betul menaikkan lagi kecantikkan awak.
1. Kulit putih, cerah dan kuning langsat
Kulit putih dan cerah lebih nampak berseri jika memakai tudung berwarna gelap atau terang yang kontra seperti Purple, Merah, Ocean Blue & Black. Walaupun warna pastel dan neutral sangat popular tetapi ia boleh membuatkan wajah nampak pucat dan tidak bermaya. So kalau nak juga pakai pastel, anda kena campurkan dengan warna-warna yang garang supaya penggayaan anda jadi lagi menarik!
2. Kulit sawo matang
Kulit sawo matang atau coklat merupakan warna kulit yang biasa bagi kebanyakkan wanita di Malaysia. Warna-warna tudung yang menyerlahkan tona pemilik kulit sawo matang ialah rona pastel. Contoh, Beige, Baby Blue, Peach & Salmon. Anda kena elakkan pakai warna merah darah, hijau tua dan coklat tua tau! Nanti akan membuatkan muka anda bertambah kusam dan gelap.
3. Kulit gelap dan hitam manis
Anda kena pakai warna-warna yang menaikkan seri wajah seperti merah hati, soft purple atau jingga lembut. Warna-warna ini bersifat kontra dengan tona kulit sekali gus boleh buat kulit anda kelihatan lebih cerah. Elakkan pakai warna coklat tua, hitam dan biru gelap tau ia akan menyebabkan kulit menjadi semakin gelap dan lesu.
Moga tip ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada para hijabi semua.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baju Raya Sedondon Level Artis Tapi Pada Harga Mampu Milik, Confirm Tak Menyesal Beli Belah Di MYDIN
Menjadi kemestian raya disambut penuh keceriaan diraikan bersama insan tersayang. Pastinya penampilan sedondon jadi pilihan di pagi raya sambil menanti kehadiran sanak saudara serta teman-teman berkunjung ke rumah.
Ada kalanya sukar untuk mencari baju sedondon kerana bilangan saiz yang limited serta tidak banyak butik menawarkan pilihan begini.
Namun bagi mereka yang mahu bergaya sedondon, tidak perlu risau datang sahaja ke cawangan pasar raya MYDIN yang menawarkan pelbagai jualan baju raya yang cantik dan menarik.
Sebagai salah sebuah pengendali rangkaian peruncitan terbesar dan terkemuka di Malaysia, MYDIN turut sama menampilkan rekaan baju raya yang eksklusif. Malah gaya anda pastinya setaraf selebriti tatkala menyarung persalinan dari MYDIN ini.
Lebih menarik turut ditampilkan bersama koleksi sedondon untuk wanita dari koleksi Mikayla dan kanak-kanak. Jika pakaian wanita pelbagai pilihan seperti kebaya, kurung moden dengan rekaan cukup menawan.
Bukan itu sahaja, pelbagai rekaan tudung sama ada instan atau shawl panjang turut dijual pada harga sangat mampu milik. Hadir dengan fabrik lembut dengan mainan rona pastel menjadikan selendang digayakan terletak cantik di kepala.
Padankan sahaja dengan kerongsang pelbagai jenis yang pastinya menjadikan gaya anda sentiasa ‘on point’ walaupun seharian bergaya dengan koleksi cukup menawan ini.
Koleksi istimewa yang turut dilancarkan bersama Kempen Girang Syawal Tiba 2019 ini boleh didapati di semua cawangan pasar raya MYDIN di seluruh negara.
Selain rekaannya yang berkualiti, koleksi Mikayla ini menawarkan pembelian harga mampu milik iaitu serendah RM29.90 untuk selendang dan RM150.00 untuk sepasang persalinan wanita.
Jika anda mahu menyambut Syawal pada tahun ini dengan gembira di samping keluarga dan sanak-saudara, pastikan koleksi Mikayla ini menjadi persalinan anda di hari lebaran.
PILIHAN BAJU RAYA TERKINI DARI MYDIN
1. Pilihan kebaya rona terang dengan sentuhan manik di tepi baju menyerlahkan penampilan gaya si dara jelita. Padanan hijab perincian ukiran memberi ilusi menarik. TUDUNG – RM29.90
2. Kurung moden dari fabrik lace rona peach ini sangat anggun digayakan. Sarungan hijab printed menyerlahkan penampilan di pagi Syawal. TUDUNG – RM39.90
3. Busana hitam itu sangat eksklusif kala digayakan di badan. Gandingan hijab bercorak abstrak menambah keayuan dirimu. TUDUNG – RM37.65
4. Manisnya menyarung kurung moden dengan perincian ruffle di hujung lengan. Gaya anda tampak berbeza dan padanan hijab rona pastel menaikkan seri wajah sambut lebaran. TUDUNG – RM29.90
5. Tidak kurang anggunnya tika menggayakan kurung moden rona maroon. Untuk tampil berbeza, layangan hijab corak floral terletak kemas di kepala. TUDUNG – RM39.90
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Berlebihan, Gaya Deena Emir Tetap Cantik & Elegan Walaupun Mengikut Syariat Agama
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel yang diberi nama Muhammad Luth Ali.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk mata memandang…
View this post on InstagramThe struggle is real. Ni baru sorang ? . . Tudung bawal instant Amna : @qaabila.hq
A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
View this post on InstagramA post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
View this post on InstagramA post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu hijabi contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
View this post on InstagramOnce in a while ?? . . Tudung Bawal Instant AMNA : @qaabila.hq
A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan. Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada sister yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk sis.
kredit: instagram @deenaemir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI