Rambut sering kali di katakan mahkota wanita dan menjadi bahagian penting bagi setiap hijabi. Bukan pada mereka tidak berhijab, malahan anda yang berhijab juga mempunyai masalah dengan mahkota yang perlu dipelihara ini.
Bukan mudah menjaga kerana setiap dari anda mempunyai kategori kulit kepala yang berlainan. Tetapi masalah yang sama sering dihadapi oleh wanita mengenai rambut. Anda yang berhijab sepatutnya menggandakan cara penyelesaian masalah rambut ini walaupun ia adalah aurat yang tidak boleh dipamerkan pada bukan mahram.
Ikuti perkongsian Nurtieja Sheikh di laman Facebook petua dan resipi ini di turun menurun dari mak mertua, terbukti apabila adiknya sendiri mengamalkan. Sesuai bagi mereka yang berhijab.
“Sebab tengok adik buat macam menjadi.. jadi tieja cuba dalam sebulan .. alhamdulillah berjaya.. dalam seminggu dah nampak sebenarnya banyak anak rambut tumbuh bahagian depan..”
kena konsisten yee.. tieja alami rambut gugur mase pregnant haritu..
pakai macam macam syampoo tak jalan.. akhirnya buat pati macam ni baru jalan
BAHAN: • Santan Kelapa (kadang kadang pakai yang kotak je ) • Aloe Vera • Jika tak ade Aloe Vera boleh pakai Olive Oil
CARA PAKAI: Lumur macam nak pakai minyak/serum rambut..atau sedang bersyampo..sikat bagi sekata seluruh rambut, balut dengan tuala..30-45 minit bilas seperti biasa.. nak guna syampo pun tak ade masalah .. mana tahu korang tak tahan dengan bau santan.
Manfaat Santan Kelapa untuk Rambut
1. Menutrisi rambut
Minyak kelapa atau air kelapa, santan kelapa juga baik untuk menutrisi rambut. Santan kelapa mengandung banyak vitamin dan nutrisi yang baik sekali untuk rambut kita. Jadi rambut anda lebih terawat dan terlihat lebih berkilau.
IKLAN
2. Meningkatkan pertumbuhan rambut
Santan kelapa juga dapat meningkatkan pertumbuhan rambut. Ini kerana santan kelapa itu mengandung vitamin E dan minyak esensial yang boleh meningkatkan kesuburan dan pertumbuhan rambut tambahkan minyak zaitun untuk kesan maksimal.
Caranya dengan menyapukan santan kelapa yang telah dicampurkan dengan minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala, terus perapkan selama 15 minit dan bilas dengan air sampai bersih.
3. Mengatasi rambut kering
Rambut kering juga merupakan masalah yang kerap membuat hijabi tidak yakin diri apabila membuka hijab. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan santan kelapa. Santan kelapa, selain boleh untuk melembabkan kulit wajah juga mengandung protein alami yang boleh melembabkan rambut sehingga rambut kering dapat di atasi.
Caranya mudah sekali, iaitu hanya dengan menyapukan santan kelapa pada rambut anda, perapkan selama beberapa minit dan bilas dengan air.
4. Mengatasi masalah rambut gugur
Permasalah rambut gugur ini sering sekali terjadi, terutama pada mereka yang berusia dan juga mereka mengalami stress yang tinggi. Lalu santan kelapa baik sekali untuk mengatasi masalah rambut gugur. Bahkan santan kelapa mampu mencegah masalah botak yang disebabkan rambut gugur.
Berita gembira bagi anda semua yang memiliki masalah rambut gugur, kerana tidak perlu mengeluarkan kos mahal untuk mengubatinya.
IKLAN
Cara menggunakannya seperti biasa, iaitu oleskan santan kelapa pada rambut dan kulit kepala sambil urutan perlahan, setelah itu bilas dengan air sampai bersih.
5. Membuat rambut menjadi hitam berkilau
Wanita mana yang tak ingin memiliki rambut hitam dan berkilau. Pasti semua wanita menginginkannya. Hijabi pun boleh mendapatkan rambut yang hitam berkilau dengan melakukan perawatan menggunakan santan kelapa. Santan kelapa akan menutrisi rambut sehingga rambut akan menjadi sihat, hitam dan berkilau cantik secara alami.
6. Mengatasi rambut lepek dan susah diatur
Rambut lepek dan susah diatur juga merupakan masalah serius, khususnya bagi para hijabi. Tidak perlu khuatir lagi. Masalah tersebut boleh diatasi dengan menggunakan santan kelapa. Santan kelapa akan membuat rambut menjadi lebat tapi tidak lepek, jadi boleh guna dengan mudah untuk ditata mengikut kesesuaian.
7. Mengatasi masalah kelemumur dan kulit kepala yang gatal
Masalah kelemumur dan kulit kepala yang gatal kerap menjadikan seseorang menjadi tidak selesa. Kelemumur disebabkan oleh kotoran atau kulit kelapa yang mengelupas.
Santan kelapa dapat mengatasi masalah kulit kepala yang gatal dan mengelupas, sehingga masalah kelemumur juga dapat teratasi menggunakan santan kelapa.
Cara menggunakannya sangat mudah sekali, sapukan santan kelapa pada rambut dan kulit kepala anda sambil uratan kecil, perapkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari agar hasilnya terbukti.
IKLAN
8. Mengatasi masalah rambut bercabang
Dengan merawat rambut menggunakan santan kelapa, anda memberikan perawatan protein tinggi pada rambut yang membuat tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Protein juga sangat esensial untuk mencegah rambut bercabang atau pecah-pecah.
Masalah rambut rosak seperti rambut bercabang juga dapat diatasi dengan menggunakan santan kelapa.
Caranya iaitu oleskan santan kelapa pada rambut, peram selama 15 minit dan bilas dengan air hingga bersih. Aplikasikan santan setidaknya sekali dalam sebulan untuk rambut yang lebih cantik.
9. Memperlambat pertumbuhan uban
Stress dan menggunakan syampu yang tidak sesuai boleh menyebabkan rambut uban tumbuh lebih cepat walaupun usia masih muda.
Santan kelapa bermanfaat untuk melambatkan dan mencegah tumbuhnya uban. Bahkan ketika usia seseorang sudah lanjut, santan kelapa boleh mengurangi jumlah uban yang mungkin bertambah.
Untuk mendapatkan manfaat ini, Anda boleh memarut kelapa tua dan memehnya sampai keluar santan. Tambahkan garam pada santan, lalu embunkan semalam. Keesokan harinya tinggal sapukan pada rambut.
10. Melembabkan rambut
Rambut akan lebih mudah patah pada jenis rambut kering. Untuk mengatasi rambut kering dan mudah patah, cara terbaik yang boleh kita lakukan pastilah dengan mengembalikan kelembaban rambut.
Air kelapa boleh digunakan untuk melembabkan rambut. Ini kerana ia kandungan vitamin C pada air kelapa boleh mengurangi minyak sekaligus memberi kelembaban.
Cara membuat ramuannya adalah dengan mencampur air kelapa dari kelapa yang tidak begitu tua dengan air biasa. Seterusnya basuhkan ke rambut setiap habis ramas.
SUMBER: FACEBOOK Nurtieja Sheikh & RUMAHMESIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Betul ke wanita Korea sukar mendapat jerawat? Sekiranya anda pernah menonton drama Korea, anda akan mengemukakan soalan yang sama. Semua pelakon di skrin nampaknya mempunyai kulit yang hampir sempurna tanpa jerawat, blackhead, whitehead, pori besar, dan semua masalah kulit lain yang hanya menimpa kita yang lain.
Jadi apa sebenarnya rahsia penjagaan kulit untuk kulit mereka yang bebas dari cela?
1. Mengamalkan minum teh hijau
Sudah jadi rutin turun menurun orang Korean dan Jepun untuk minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Teh hijau ni akan buat kulit anda bebas dari jerawat sebab ia mengandungi antioksida yang baik.
2. Pilih pencuci muka yang betul
Ini sangat penting untuk pastikan kulit anda tidak menjadi mangsa produk merbahaya. Wajah yang cantik secara semulajadi memerlukan pencuci muka yang sesuai dan diyakini selamat.
Ramai yang berpendapat bahawa serum tidak penting. Namun hakikatnya serum dapat bantu merawat masalah kulit dari dalam.
4. Melembapkan, melembapkan, melembapkan
Pendekatan Korea tidak dapat menekankan betapa pentingnya menjaga kulit anda tetap terhidrasi semasa merawat jerawat anda. Ini bermakna selain produk rawatan jerawat, pelembap yang baik juga harus dimasukkan dalam rutin anda. Langkah ini tidak hanya menambahkan lapisan kelembapan lain untuk mencegah kekeringan yang disebabkan oleh ubat jerawat, tetapi juga “mengunci” lapisan rawatan sebelumnya untuk menjadikannya lebih berkesan.
5. Amalkan senaman wajah untuk kulit lebih menawan
Ada yang mengatakan ramai selebriti Korea dan Jepun mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. Jadikan rutin harian mengurut wajah ketika mencuci muka supaya muka kita kekal cantik dan nampak muda.
6. Bersikap lemah lembut
Berbeza dengan pendekatan Barat dalam menanggapi jerawat dengan serangan agresif dari produk yang mensasarkan jerawat, wanita Korea menekankan perlunya memanjakan dan menghilangkan tekanan pada kulit anda bukan dengan meminimumkan jumlah produk yang digunakan, terutama produk penjagaan kulit yang keras.
Dari pencucian wajah yang hingga toner lembut, wanita Korea menggunakan rutin penjagaan kulit yang sederhana dan lembut secara keseluruhan ketika berurusan dengan jerawat. Ini membolehkan anda menghormati kulit anda dengan berehat dari semua produk berat dan membiarkannya bernafas. Ini adalah cara kita mendetoksifikasi badan melalui jus segar dan makan makanan organik.
Jerawat terbentuk ketika liang menjadi tersumbat, jadi masuk akal bahawa membuka liang pori adalah perkara pertama yang ingin anda lakukan. Pengelupas kimia dapat meresap jauh ke dalam liang pori anda untuk membersihkan dan mencegah kulit anda daripada jerawat.
8. Topeng wajah
Warga Korea sangat mementingkan pemakaian topeng wajah. Amalan ini dikatakan sudah mereka praktikkan sejak berabad lamanya. Tanpa mengira jantina atau usia, mereka akan menggunakan ia sama ada sebelum memakai alat solek atau selepas mencuci wajah, ia akan digunakan pada muka. Disebabkan itu, anda boleh lihat topeng wajah ini akan dijual di merata tempat di sana. Pergi sahaja ke mana-mana farmasi atau pasar raya sekalipun, ia terdapat di pasaran dengan harga yang sangat murah.
9. Kepentingan Vitamin C
Selepas jerawat, orang Korea juga suka menambahkan serum Vitamin C dalam rutin penjagaan kulit mereka untuk membantu meringankan bintik-bintik gelap, parut jerawat, dan hiperpigmentasi pasca-radang (PIH). Produk vitamin C juga terbukti dapat membantu penghasilan kolagen kulit, mempromosikan kulit yang lebih lembap dan lebih lembut.
Faktor pemakanan adalah sangat penting dalam hal penjagaan kulit. Ini merupakan punca wanita Korea sangat mementingkan penjagaan dalaman dan juga luaran. Dengan itu, mereka sangat mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Sering elakkan pengambilan makanan berminyak selain hanya akan makan makanan yang kurang gula dan garam.
Pada penghujung hari, rutin penjagaan kulit juga merupakan gaya hidup. Jadi selain produk jerawat yang baik, anda juga harus makan dengan sihat, tidur nyenyak, dan minum banyak air. Ingat bahawa merawat dan menyembuhkan kulit anda adalah proses yang tidak akan terjadi dalam semalam, dan terobsesi pada jerawat hanya akan membuatnya lebih buruk. Mempelajari cara mencintai kulit anda sendiri – jerawat, pori besar, whiteheads dan semua – adalah langkah pertama untuk kulit bebas cela!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
“Yay! Akhirnya dah habis period tapi kenapa lepas beberapa hari dah habis ni masih ada darah sikit sikit yang keluar ni?”
Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa selepas habis sahaja haid dan ada darah sedikit yang masih keluar. Tentu banyak persoalan yang berada difikiran kita kan? Sebarang darah yang datang tanpa punca atau abnormal pasti menimbulkan rasa panik dan cemas pada kita. Manakan tidak, haid sudah habis tetapi selang beberapa hari masih ada lagi darah yang keluar. Pasti takut akan penyakit yang ada.
Marilah kita ketahui 8 sebab mengapa masalah ini sering terjadi terutama sekali buat wanita yang sudah habis haid dan masih ada darah yang terkeluar setelah beberapa hari atau dipertengahan bulan. Disini juga ingin menjelaskan kepada anda sama ada anda perlu jumpa doktor ataupun tidak.
Kenapa darah keluar selepas haid?
Selalunya darah yang keluar ini mempunyai banyak punca dan sebabnya. Akan tetapi, masalah pendarahan selepas haid ini kadang kala bukanlah masalah yang serius dan tidak diperlukan rawatan lanjut. Jadi, darah yang keluar ini dikenali sebagai metrorrhagia di dalam bahasa saintifiknya yang bermaksud pendarahan antara haid atau spotting.
Banyak punca-punca yang menyebabkan pendarahan selepas haid ini. Mari kita ketahui dengan lebih lanjut antara sebab sebab pendarahan selepas haid ini berlaku.
1. Pengunaan pil kontraseptif kecemasan
Pengunaan pil kontraseptif kecemasan boleh menyebabkan wanita itu mengalami pendarahan. Ini termasuklah dengan pengambilan “morning after pill” atau penggunaan IUD (alat dalam rahim). Logiknya, tekanan yang diterima selepas makan ubat-ubatan juga boleh menjadi antara punca utamanya.
2. Pendarahan implantasi
Pendarahan implantasi ini adalah apabila wanita mengalami spotting selepas mereka hamil. Ianya terjadi apabila ovum melekat pada dinding uterus. Tambahan pula, wanita tersebut akan merasakan sakit perut seakan-akan senggugut.
Keguguran
Kadangkala, pendarahan luar dari kitaran haid seseorang itu juga menandakan bahawa dia mengalami keguguran dan wanita juga boleh mengalami keguguran pada bila-bila masa sahaja. Malah, ada juga yang tidak sedar tentang kehamilan itu sendiri.
4. Mempunyai penyakit kelamin
Jangkitan kelamin atau STI boleh menyebakan pendarahan antara dua haid. Sebagai contoh, penyakit klamidia boleh menyebabkan pendarahan atau spotting. Dan tidak asing buat mereka yang menghidap penyakit ini untuk mengalami pendarahan selepas atau ketika melakukan hubungan seks. Kebanyakan mereka yang tidak menggunakan perlindungan akan berisiko untuk menghidap STI.
5. Luka kawasan dalam kelamin
Miss V wanita boleh tercedera ya! Terutama sekali apa melakukan hubungan intim. Selain itu juga luka juga boleh terjadi kerana keadaan vagina yang terlalu kering. Kebanyakan wanita yang mempunyai vagina kering adalah disebabkan perubahan hormon, diabetes, menopaus atau sedang melakukan rawatan kanser.
Selalunya menopaus terjadi buat wanita berumur 45 hingga ke 55 tahun. Seperti yang kita tahu wanita yang tidka datang haid selama setahun dikatakan mencapai menopaus. Selain itu, perubahan hormon juga menyebabkan mereka mengalami masalah kitaran haid yang tidak stabil. Jadi ia antara punca alami spotting atau pendarahan yang sangat berat.
7. Penghidap kanser tertentu
Salah satu sebab pendarahan antara haid boleh berlaku juga adalalah disebabkan pelbagai faktor dan kanser antara satunya. Malah, jarang sekali untuk masalah keluar darah sedikit, tetapi bukan haid berlaku disebabkan oleh kanser.
Kanser serviks juga bukan menyebabkan pendarahan sahaja tetapi menyebakan bau vagina yang pelik dan abnormal. Simptom seperti sakit ketika melakukan hubungan seks juga antaranya.
8. Pendarahan sebab PCOS
Buat mereka yang menghidap PCOS pasti akan selalu mengalami period yang tidak teratur. Jadi pendarahan sedikit itu juga disebabkan PCOS. Tambahan lain, PCOS juga boleh menyebabkan mengalami masalah kesuburan, naik berat badan dan mempunyai masalah kulit berjerawat dan berminyak.
Jika pendarahan tersebut kerap berlaku dan menyebabkan kesakitan yang lain. Lebih baik untuk berhati hati dan pergi berjumpa doktor. Kadang-kadang kita tidak sedar, pastikan sentiasa berwaspada. Antara simptom lainnya adalah seperti rasa sakit, penat dan sering letih, pening kepala dan juga demam panas. Jadi, anda dinasihatkan supaya berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah.
Kadang-kadang apa yang kita baca itu tidak sama seperti apa yang doktor akan cek. Pendarahan yang kerap atau abnormal juga dinasihatkan berjumpa doktor. Mungkin punca pendarahan tersebut adalah penyebab penyakit bahaya. Kita tidak mahu tiba-tiba terkena rawatan kecemasan. Jadi, cegah sebelum terlambat. Sayangi lah diri anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai wanita tidak kira hijabi atau bukan hijabi apabila keluar rumah mesti wajib untuk anda membawa beg tangan. Sudah menjadi satu keperluan lah orang kata. Beg tangan kira aksesori yang dapat membantu kita lagi-lagi apabila nak keluar jalan-jalan.
Sebagai wanita persediaan sangat penting buat diri kita. Kadang-kadang satu bag itu semua barang nak letak dekat situ. Tidak kira sama ada nak pergi tempat kerja, pergi ke kelas atau berjalan-jalan. Jadi betul tak ini antara barang-barang yang wajib ada dalam handbag setiap wanita. Semestinya lebih daripada 5 barang! Antaranya adalah:
1. Lipstik!
Setuju atau tak lipstik paling penting sekali buat wanita. Mesti kena ada kan? Kemana sahaja anda pergi. Sebab lipstik selalunya tak kira masa anda nak pakai sama ada tengok wayang, selepas makan dan lain-lain. Semestinya anda nak ‘touch up’ balik. Bukan itu sahaja, ada juga wanita yang akan membawa semua alat soleknya di dalam beg tangan. Gigih kan?
2. Beg Duit
Rasanya beg duit ini memang penting untuk semua orang. Tetapi saiz beg duit wanita akan lebih besar daripada lelaki. Akan tetapi kebanyakan wanita selalu membeli dompet yang panjang dan besar. Macam-macam ada di dalam itu. Pentingnya beg duit ni sebab kalau tak macam mana nak berbelanja kan?
3. Makanan
Makanan ni semestinya ada dalam beg tangan wanita. Tidak kira gula-gula ke, coklat ke, kacang ke atau jajan kecil-kecil tu. Lelaki selalu akan terkejutkan. Bawa makanan ini sangat bagus sebab tak perlulah anda rasa lapar dalam saat-saat genting dan ada alas perut untuk anda.
Buat wanita yang memakai kaca mata pasti akan ada masa yang anda menggunakan kanta lekap. Jadi kanta lekap atau ‘contact lens’ merupakan penyelesaiannya. Buat mereka yang selalu memakai contact lens ni semestinya akan ada solution di dalam bag. Senang tak payah la setiap kali keluar setiap kali tu beli baru. Betul tak? Jadi anda bersedia la kalau tiba-tiba nak kena pakai kan.
5. Powerbank
Powerbank merupakan salah satu aksesori yang sangat penting buat wanita ya sebab ia untuk wanita yang kerap menggunakan telefon pintar mereka. Kalau jenis yang suka bergambar tu mesti wajib ada powerbank ni. Walaupun kebanyakan powerbank ni berat tetapi anda tetap juga bawa kemana sahaja.
6. Tisu
Selalu wanita ni memang kena ada tisu kan dalam beg tangan mereka. Kalau anda cari tisu, cuba tanya wanita. Mesti ada yang bawak punya lah. Seperti mereka yang selalu membawa tisu, semestinya tisu itu sangat memudahkan buat mereka. Ada juga yang berkata wanita yang bawa tisu selalu ni jenis yang pembersih sebab dia mesti nak lap itu ini. Kalau tangan kotor sikit boleh terus lap!
7. Resit
Setiap wanita pasti akan melakukan ini tetapi sama ada secara sedar atau tidak. Wanita lumrah mereka suka membeli-belah. Jadi, resit penuh sahaja dalam beg tangan anda sampai lupa untuk buang. Bagus dah tu sebab anda tak buang sampah merata-rata tetapi takkan lah sampai hilang dakwat pada resit tersebut pun simpan. Tetapi ada juga wanita yang menyimpan resit mereka untuk dijadikan panduan perbelanjaan yang dibeli. Jadi bagus lah kan?
Akhir kata, sebab itulah beg tangan wanita ni selalu besar dan selalu dipenuhi dengan banyak barang. Bukan apa sifat wanita ini memang kebanyakan jenis yang suka bersedia daripada apa-apa berlaku. Jadi tidak salah pun kalau beg anda besar dan penuh dengan barang tapi jangan mengadu beg berat ya!