Kaum wanita memang tidak boleh dipisahkan dengan produk kecantikan. Pantang mendengar ada produk terbaru atau yang boleh hilangkan masalah wajah seperti jerawat, jeragat, jerawat atau yang boleh cerahkan kulit pasti akan cepa-cepat kita dapatkannya. Kadang-kadang tak perasaan ada sesetengah produk itu tidak mendapat kelulusan hingga boleh mendatangkan masalah. Seperti yang berlaku oleh seorang wanta, Mastura Abu Bakar, 36 dari Melaka yang mengalami bengkak muka selepas menggunakan produk kecantikan dibeli secara online.
Menurut laporan Sinar Harian Online, Mastura yang sebelum ini telah menggunakan produk berkenaan sejak awal tahun ini. Dan minggu lalu dia membelinya dari seorang pelajar kolej yang menjual produk berkenaan dengan harga RM50.
Namun selepas menggunakannya dia bukan sahaja mengalami pedih, tetapi mukanya bertukar kemerahan dan sakit pada kulit. Malah bukan itu sahaja, lebih teruk pipinya membengkak dan mata sukar dibuka.
Keadaan ini menyebabkan aktiviti hariannya terganggu termasuk sukar tidur selepas menggunakan produk berkenaan.
“Sebelum ini saya pernah beberapa kali guna produk sama dan nampak perubahan kulit wajah semakin cantik dan licin.
“Tapi bila gunakan produk yang baru dibeli sejak Khamis lalu, muka saya mula bengkak dan terasa pedih dan sakit pada hari Sabtu,” katanya.
Akibat kejadian itu, katanya, dia yang sepatutnya pergi bercuti bersama rakan-rakannya hujung minggu lalu terpaksa membatalkannya kerana tidak tahan kesakitan dialami.
IKLAN
“Disebabkan tak tahan sakit, saya terus pergi klinik kesihatan dekat rumah dan diberi beberapa ubat. Esok (hari ini) saya akan dirujuk ke pakar kulit Hospital Melaka pula.
“Apa yang saya lalui ini buat saya serik, trauma dan takut untuk guna produk kecantikan lagi. Saya harap bengkak ini akan susut dan tak sanggup lagi terus menerus menahan sakit sejak beberapa hari lalu,” katanya lagi.
Dia yang bekerja sebagai pembantu butik pakaian di Dataran Pahlawan berharap kisahnya itu dapat menjadi iktibar kepada orang lain supaya tidak terlalu taksub untuk kelihatan cantik sehingga terpaksa menanggung malu dan kesakitan.
Sementara itu, Doktor Perubatan Estetik, Dr Aidil Azry Datuk Mokhtar berkata, kebanyakan produk yang memberi kesan cepat seperti produk pencerahan wajah mengandungi bahan seperti raksa, hydrouinone, tretinoin, asid azleaik dan betamethasone.
Menurutnya, bahan-bahan berkenaan boleh menyebabkan kulit menjadi semakin nipis, kemerahan, sensitif dan mudah terdedah kepada penyakit lain termasuk kanser kulit.
IKLAN
Malah, katanya, sepanjang tahun ini sahaja, dia didatangi lebih 20 pesakit yang mengalami masalah kulit disebabkan penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan itu serta yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan sehingga ada sukar untuk dirawat seperti melanoma.
“Saya nasihatkan pengguna lebih berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Jangan mudah terpedaya produk yang cepat memberi kesan pencerahan sehingga mengalami pengelupasan kulit yang teruk.
“Ini juga akan menyebabkan kulit semakin nipis sedangkan kecantikan itu hanya sementara sahaja, namun akan didatangi masalah lain seperti jeragat serta jerawat yang tidak boleh dirawat dengan antibiotik biasa. Selain itu, ia mudah terdedah kepada sinar UVA dan berisiko mendapat kanser kulit,” katanya.
Dalam pada itu, Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) mengesahkan lima kes diterima pihaknya berhubung penggunaan kosmetik yang merosakkan kulit, pada tahun ini.
IKLAN
Timbalan Presidennya, Azlin Othman berkata, kebanyakan mangsa tertarik dengan maklum balas positif terhadap produk sehingga ada yang membelinya berulang kali sehingga mengalami kesan teruk pada wajah.
“Kita percaya banyak lagi produk kosmetik di pasaran yang tidak diuji dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
“Bagi kes ini, kita akan ambil sampel produk yang digunakan pengadu untuk dihantar ke kementerian bagi tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya, terdapat juga syarikat-syarikat kosmetik yang berani membuat iklan palsu kononnya produk mereka mendapat kelulusan kementerian untuk meyakinkan pengguna.
Beliau berharap tindakan tegas dan berterusan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Urusan ajal, maut dan jodoh itu adalah urusan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan menentukan, begitu juga jodoh pelakon drama popular, Saharul Ridzwan yang bertemu jodoh dengan isterinya sekarang, Deena Emir dan kini bahagia dikurniakan seorang cahayamata. Bercerita pengalaman rayanya, Shaharul yang memuat naik status di laman sosial instagram berkata dia kini merupakan ‘Abang Long’ kepada empat adik beradik perempuannya yang cantik dan jadi tumpuan netizen.
Sebaik memuat turun foto bersama keluarga sebelah isterinya itu, ramai yang turut mengusik pelakon ini dengan memberitahu diri mereka boleh dijadikan calon menantu.
Menurutnya, bapa mertuanya kurang sihat tetapi masih lagi kuat untuk melakukan pelbagai kerja. Dia turut merasa kagum dengan keduanya yang dipanggil Abah dan Umi dalam membesarkan lima anak perempuan sekaligus.
Dua daripadanya sudah berkahwin (termasuk isterinya) dan tanggungjawab itu beralih kepada suami masing-masing.
Sebelum ini Saharul memang menyimpan impian mahu menjadi ‘abang’ dan seorang ketua keluarga dan kini hajatnya telah ditunaikan.
Oleh kerana dia dan isterinya masing-masing anak sulung, jadi menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga mereka adik-beradik yang masih belum berkahwin.
Dia turut berpesan pada isterinya itu agar berpegang pada konsep tanggungjawab dan insya-Allah Tuhan akan bantu mereka kelak.
Ternyata niatnya untuk memikul tanggungjawab berkenaan juga turut mendapat respon positi dari netizen. Ramai memuji caranya itu yang dilihat sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
@nora_hamzah83 menyentuh hati.Inilah pemikiran2 yang baik terhadap setiap ketentuan Allah..pemikiran2 yang matang dan sentiasa menjaga baik hubungan serta memikirkan tanggungjawap dan amanah. Semoga @saharulridzwan sekeluarga sentiasa dalam Rahmat dan kasih sayang Allah.
@aliaasofea_ Bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai anak sulung. Besar tanggungjawab. Semoga keluarga dirahmati Allah swt. Selamat hari raya
Semalam, tular di Facebook tentang perkongsian seorang wanita yang melecur pada bahagian mukanya akibat ‘pressure cooker’ yang dipegangnya meletup dan sup panas itu terkena seluruh muka dan badannya. Hanya kerana kesilapan yang kecil, wanita ini akhirnya menanggung sakit yang tidak terperi. Sudahlah hanya sebulan sahaja lagi mahu melangsungkan perkahwinan. Memang hebat dugaan yang ditanggung oleh wanita ini.
Sejurus terkena sup panas itu, wanita bernama Siti Salmian ini terus menadah mukanya di bawah air yang mengalir untuk mengelakkan daripada timbul ‘gelembung-gelembung’. Walau bagaimanapun, wanita ini tidak menyalahkan ‘pressure cooker’ tersebut, sebaliknya menyalahkan dirinya yang tidak ambil tahu tentang cara penggunaannya hingga menyebabkan kejadian ini berlaku.
Siti Salmian redha dengan apa yang terjadi pada dirinya dan berharap agar orang ramai mengambil iktibar dan lebih berhati-hati. Nasihatnya, sebelum menggunakan ‘pressure cooker’, lebih baik Google atau tonton tutorial di YouTube. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
TRAGEDI 20 Mac 2018. Dugaan sebulan lagi nak kahwin. Nampak mudah tapi sangat bahaya.
Teringin Sup Tulang
Nak cerita sikit ape yang terjadi sebenarnya. Okay, actually tetiba haritu tekak ni teringin sangat-sangat nak makan sup tulang. Kebetulan pergi TF Supermarket ternampak la tulang-tulang tu. So memang terus grab.
Balik rumah macam biasa lah kita masak nasi, siang apa yang patut untuk memasak ni. Cakap dekat mak, “mak adik nak makan sup tulang”. Mak pon balas, “nak kahwin kan? kena la belajar masak sup tulang”. Selama hidup ni buat kerja memasak tak pernah pun guna periuk pressure cooker tu. Memang tak pernah langsung. Selalu mak yang masak sup, kite ni intai-intai je kat dapur. Nampak tak betapa rajinnya haritu pergilah dapur masak semua. Kite pon rebus la tulang-tulang daging lembu tu dalam pressure cooker macam biasa. Punyalah bongok sangat diri ni, kita pon kunci periuk tu.
Meletup Terkena Muka & Badan
Dan tetiba tak tahu macam mana, mungkin perut ni lapar sangat pergilah dapur tengok periuk tu. Usik la pemegangnya, entah macam mana sekali meletup habis kena satu muka dan badan. Kebodohan diri sis sendiri sebab memang tak Google cara guna macam mana. Dan nasib pejam mata masa tu, kalau tak pejam mungkin mata pon kena sekali.
Masa kena sup panas tu, hanya Allah saja tahu betapa panasnyaaa muka, tangan danbadan. Lepas kena memang terus tadah muka ni dekat air yang mengalir. Itu pon sebab kakak kita ni nurse. Dia la yang suruh letak temapt kene air panas tu dekat air yang mengalir. Sebab taknak ada gelembung-gelembung. Yela muka kan, sebulan lagi nak kawin siapa tak frust kan? Mak lagilah menangis tengok anak dia menjerit-jerit sambil mak kata “kenapa la bukan mak yang masak harini?”. Takpelah mak benda nak jadi bukan kita boleh elak. Ni semua dugaan. Tanda Allah sayangkan kita.
Terbayang Seksa Api Neraka
Masa kena tu terus terbayang macam mana seksanya api neraka sedangkan aku ni Allah baru uji kene air panas sikit je dah macam apa je rupa. Allahuakbar. And nasib la doktor kata dekat part muka kene gred 1 and 5% burn.
Okay actually, sis nak pesan pada semua orang tak kira la lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke, please ambil ikhtibar apa yang jadi pada sis ni. Sis nak pesan pada korang, sebelum nak beli atau nak guna tu, tolong penuhkan ilmu di kepala otak anda terlebih dahulu.
Google Dulu Sebelum Guna
Better korang Google atau buka YouTube tentang cara guna tu semua dulu. Jangan jadi macam saya yang agak kurang pandai ni. Sedangkan zaman sekarang boleh Google di hujung jari je kan? Tapi langsung tak terlintas kat kepala otak ni nak Google.
Ya, memang cepat empuk daging tu bila guna pressure cooker. Tapi sebaik-baiknya Google ke YouTube la dulu sebelum guna. Kalau dah kena macam diri saya ni, nak menyesal pun tak guna. Biar lambar empuk, asalkan selamat.
Ya, orang boleh gelak je bila tengok kita kena macam nie. Tak semua orang boleh positif. Alhamdulillah sis dikelilingi kawan-kawan yang positif especially family dgn incik tunang yang always support, jangan give up dan jangan down.
Ambil iktibar tau korang! Be positive okay. Periuk tak salah, yang salahnya saya.
Drama Sweet Dreams sememangnya sedang menjadi kegilaan ramai pada masa ini. Bakal melabuhkan tirainya pada malam ini, peminat rata-ratanya seperti susah untuk move on dari drama ini kerana telah jatuh cinta dengan watak-wataknya iaitu Putri dan Qash Adam.
Bukan itu sahaja, penampilan mereka juga turut menjadi ikutan. Lihat sahajalah apabila anak-anak mereka juga turut digayakan seperti watak itu. Alahai, kreatif betul!
On point sangat Putri & Qash Junior ni!
Wow skirt pun dah nak sama tu!
Alololo comelnya dia berhijab.
Pelakon yang melakonkan watak Putri iaitu Mira Filzah telah memuat naik gambar-gambar ini di laman instagramnya. Mendapat ribuan komen daripada netizen, mereka semua geram dan terhibur melihat kecomelan dan telatah si kecil yang bernama Aisy Medina ini.